Skip to main content

Mama... dalam kenangan...

Assalamualaikum...
1/2/2013 kegembiraan pulang ke kampung halaman, tak sabar jumpa mama...spend time dengan mama...tak sangka itu adalah detik-detik terakhir saya dengan mama, lihat mama, teman, peluk dan cium mama tersayang...
3/2/2013, berbolak- balik, tak nak balik kL, nangis-nangis tak nak tinggal mama, ilham dari Allah barangkali saya berkeras tak mahu balik kL walaupun abah berkali-kali pujuk, suruh balik kL apply cuti, cakap baik-baik dengan bos.
4/2/2013, 3.40 pagi - mama pergi tinggalkan kami semua. Mama tak nak kami tengok dia pergi, saya yang berada sebelah pun terlelap seketika. Abah yang tidur-tidur ayam kat luar pun begitu. Mama pergi dengan tenang.
Adik redha mama pergi, adik puas hati sudah, adik sempat jaga mama seketika sebelum mama pergi walaupun tak sempurna. Cuma kadang-kadang adik rindu mama, calling mama, borak-borak bila adik balik kampung, mama tunggu adik depan pintu dan peluk adik sebaik adik sampai rumah dari stesen bas. Namun, life must go on. Adik cuba tabah, adik doa mama hari-hari. Mama, amanlah mama disana.
Terima kasih teramat sangat buat kaum keluarga, sahabat handai mama, abah yang datang menziarah dari sebelum sehingga mama meninggal. Kami sekeluarga sangat menghargainya.
Keluarga bakal mertua sangat memberi semangat. Datang dihari mama pergi, tolong sama mandikan jenazah, sehingga mama selamat dikebumikan, menjengah lagi dimalam tahlil semua.Terima kasih mak, ayah. En.Tunang yang all the way back from kL to be besides me. Very understanding, bila saya susah nak reply or berbalas mesej dengan beliau sepanjang saya bercuti dikampung, menguruskan majlis tahlil, mengemas rumah dan segala barangan mama.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mama, dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.
#buat sahabat yang terbaca, saya sangat hargai...al-Fatihah untuk mama.

Comments

  1. al fatihah..

    be strong dear..

    ReplyDelete
  2. salam takziah dari WE...

    jangan sedih2...awak kena kuat okey

    Al-Fatihah buat arwah mama awak..

    ReplyDelete
  3. takziah ye kamu.. sama la.. sy pun dah lalui perkara yg sama.. sy pun puas hati sempat jaga mama sehabis baik, jd rasa terkilan tu mmg xde.. kene kuat.. kite kene redha tu yg penting.. al fatihah..

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah..semoga kamu tabah yea dear..:)

    ReplyDelete
  5. al-fatihah..
    takziah yea awk..

    ReplyDelete
  6. tQ semua...saya cuba kuat, tabah...

    ReplyDelete
  7. Takziah sayang. semoga roh mama awak aman di sana. Al-Fatihah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....