Skip to main content

Parlimen dah bubar PRU bila?

Assalamualaikum...
Itu dia dilema paling besaQ...
Parlimen sudah dibubarkan secara rasmi, tetapi tarikh pilihanraya masih menjadi tanda tanya....
Risau tau...
Sebaik tahu parlimen sudah bubar. Laju2 telefon abah tanya bila tarikh mengundi. Kata abah bila parlimen bubar, pilihanraya boleh dilakukan dalam masa 14hari either selepas seminggu pun boleh, dan paling lama tempoh sehingga 60hari. owh.camtu... ok. faham.
masalahnya ada desas desus kata cuti sek which yg mula akhir may.agak huru hara bagi saya.takkan balik mengundi, balik kL keje 3hari kemudian balik kB balik for nikah?
plizzzz not do this to me...
Easy for my en.Tunang jawab, kita cuti awal la.
Hello? Kita kena cuti 2 kali untuk kawen-kawen ni. Resepsi bulan 6. Bertandang bulan ogos. At least seminggu cuti untuk setiap majlis. Kalau nak tarik cuti ke belakang. Tak sudi. Baik cuti extra lepas nikah daripada sebelum nikah. Banyak faedah lagi.
Selain dapat bantal yang tak berapa busuk. Hehehe... Maap le gatai jap! Alasan sebenar seperti dibawah :
1. Adalah tanggungjawab pengantin mengemas setiap inci rumah yang telah di selerakkan untuk majlis. Tambahan saya dah tak ada mama dan anak bongsu. Tugas saya jaga rumah itu. Jadi, mesti penat okay....
2. Itulah masa nak beramah tamah dan kunjung mengunjung sanak saudara.
3.  Mengenali pasangan dan keluarga pasangan dengan lebih erat.
4.  Berehat. Sudah berbulan menyiapkan persiapan majlis, inilah masa untuk rehat sepuasnya.
5. Menyesuaikan diri dengan kehidupan, dan status baru sebagai Puan Isteri dan En.Suami.
 
So kalau pas majlis 2 hari dah balik kL bila nak rehat ken? Nak tatap-tatap muka pun tak dan sebab dah balik kL masing-masing sibuk kerja.

Maka, disebab alasan-alasan diatas, saya sangat mengharap dan berdoa supaya pilihanraya tidak akan diadakan terlalu lewat. Selepas sebulan saya masih terima, selepas itu hati saya agak memberontak. kemungkinan tak menunaikan tanggungjawab itu pun ada. 
Kawan-kawan tolong doakan yang terbaik untuk kami.
Okaylah sekian dari  cik Jelita yangdillema. - very the drama!


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...