Skip to main content

W-Preparation : Candy Buffet Jar Shopping

Hoorey!
 Dah shopping candy buffet punya jar. Tempat shopping pilihan ialah IKEA.

Baru je jejak kaki kat pj setelah balik dari kursus terus gerak ke situ. 1st thing, makan! Kesian kat FH dan FBIL, lapar tak makan lagi. Makan kat Tesco dulu. Saya tak makan, dah kenyang. Next, jumpa kawan FH, bagi kad. Borak-borak, pusing kat the curve itu barulah gerak pergi IKEA.
Cuci mata tang produk IKEA yang sangat saving space. Berangan jer dengan FH.
Alang-alang kat situ, meatball pun sodap... Maka, kita makan meatball pulaks!
'oh! my calories!' (!__!)
Habis meatball sambung shopping JAR candy buffet itu...Hikhik... Puas hati 3jenis Jar dapat. 2 frame. Kenapa dua jer frame? Aisehh saya tak ada idea untuk frame ni lagi la. Cantik orang buat, tapi takut saya buat tak jadi.
**okay, this entry should be post last 2-3weeks after I go for short course in Morib.

#Hunting for Rental Chocolate Fountain. Still. Ada contact dengan seorang ni, yang buat khidmat sewa ni tapi no respon, padahal tanya dari sebulan yang lalu thru e-mel, dan sms. Semalam sms lagi, langsung xreply. Sedihhh...
Memikir-mikir adakah patut saya membeli sahaja mesin choc fountain itu? Hehehe...


Comments

  1. whoaaa...best2. sume org wat candy buffet nih. mesti meriah ngn bdk2 nnti. hehe

    sewa ngn Sha la nnti (bukan Sya taw. Sha owner blog vanilla. hehe). Sha pon br beli. tp Sya xsure sewe bape tp mesti OK sbb die pon B2B cm kite gk. contact La die. All the best =)

    ReplyDelete
  2. @SYA - tQ for idea. huhu...normally bg sewa ni untuk sehari camtu jer. majlis saya kat kelantan, balik sana about 2 weeks kot. so risau the owner tak bagi la.

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak tengok hasil DIY untuk candy buffet..
    i dulu tak sempat nak decorate..terkilan..dan kempunan

    ReplyDelete
  4. Hye dear...ngee.Terbace plak your entry ni.Hehe.Pastu nampak komen sya orked comei.Kalau nak sewa boleh je.Sha x strict sgt macam org lain sbb faham condition b2b.Tapi your majlis bila.Pape email je sha k. smileyshee@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Hi Dear..maybe next time boleh sewa dgn saya.. ada interesting packages.. follow my ig @allysparty or fb allys for candy frenzy ✌

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-