Followers

Monday, 13 May 2013

Weekend : Hunting for 'Rumah Pertama Kami' + Shopping Wedding Gift

It's another 3 weeks for our wedding day. 
Sebelumnya, kami tak plan untuk cari rumah sewa. Jujur. Saya sangat berharap untuk dapat bertukar tempat bertugas ke negeri Kelantan Darul Naim. Namun, 3 bulan dah berlalu dari tarikh saya isi borang tukar. No signal untuk dapat tukar pun. Sigh!

So, my dear FH bagi satu statement hari Isnin lalu, 'Weekend, kita cari rumah'.
Dan mencarilah kami, bermula search melalui mudah.my serta berjalan-jalan dikawasan yang telah 'aim'. Entah berapa 7e kami terjah semata-mata mahu cari papan iklan yang ada iklan rumah sewa. Asyik call tak ada, dah habis. Itu je jawapan yang diterima.
Naa... susah jugak nak cari rumah sewa dalam bajet ni kat KL. 
Well, we still trying in this week.
We hope, we will get it before the wedding.
Wish us good luck!

Borak-borak juga dengan FH, kami dok menyenarai kawan-kawan yang akan turut berkahwin dalam cuti sekolah ni. Adoi! Rata-rata 'on same day' atau sehari dua sebelum tarikh kami. Maka,  satu lagi aktiviti kami semalam, mencari hadiah kepada kawan-kawan kami...
Kami cari di Mr.DIY. 
Rambang mata nak memilih hadiah apa yang paling sesuai. Comel-comel dan macam-macam pilihan dengan harga boleh bajet la. Hehehe... Al-maklumlah kalau dah ramai sangat dalam masa dekat-dekat, bajet kami pun hadoii la sikit. Kawan-kawan FH ada dekat 5 orang, kawan-kawan belah saya sendiri pun 4 orang yang nak kahwin kot.
 Dek kecomelan dan harga mampu milik, siap plan untuk menghias dan melengkapkan rumah kami dah pun. Plan jer, belum membeli-belah lagi.
Hahaha... Verangan lebey. Padahal rumah pun tak jumpa lagi.

My dad, warded.
He is fine, can move, talk, everything.
Cuma masalah dalaman sikit, hempedu tersumbat.
Tak boleh boboo, dan weweee.
Kena tahan sebab hempedu bengkak, doc suruh dok hospital, masuk air kena puasa sehingga bengkak hilang.
Risau sangat, dahlah sesorang kat rumah. Nasib baik ada kakak duduk dekat rumah, boleh tengok-tengokkan abah juga.
Cepat-cepatlah saya dapat tukar. Huk! Nak jaga abah...
Tak apalah, mungkin belum masa lagi kot, lepas kahwin saya akan cuba appply lagi la.
Mungkin bila dah kahwin rezeki itu menyebelahi saya.
Doakan saya... 
FH pula, alhamdulillah dapat rezeki, dapat temuduga dari SPA 8. Erm... moga-moga rezeki untuk FH, rezeki untuk kami. Walaupun baru dapat temuduga jer dari SPA ini, lega juga, sebab susah nak dapat kot.
Good luck my dear FH. 
Doakan juga ye sayang-sayangku.
# counting day to be a bride, last nite I'm having Burger Bakar  Abang Burn + Cheezy Sauce. Erk! How many fat that I just had is that? 

No comments:

Post a Comment