Followers

Thursday, 27 June 2013

Married Life : Rutin harian dah berubah.

Assalamualaikum...
Alhamdulillah.
Pejam celik dah nak menghampiri sebulan pun saya bergelar isteri.
Sudah seminggu kembali berada disisi suami tercinta.
Bermulalah rutin baru sebagai isteri.
Kalau dulu bangun pagi jam 5.30, mandi, iron baju, solat boleh sambung tidur balik sampai pukul 7.00 am, baru sibuk siap-siap pergi kerja. Breakfast pun kat office jer.
Sekarang ni, dah berbeza. Bangun masih pada 5.30 am, mandi, iron, solat dan siapkan sarapan untuk suami sambil bersiap-siap nak ke pejabat.
Sarapan, nescafe cicah biskut jer pun.
Al-maklum, rumah tak ada dapur lagi, tak adalah nak memasak beria tambahan kerja, masa tu macam mengejar-ngejar je. Belum dapat atur dengan baik lagi. Sarapan pun sekarang dalam kereta je. Hari pertama tu sempat minum kat rumah, hari kedua siap-siap bancuh air dalam tumbler sebab terbabas tidur sikit dan risau jalan jem. So, now dah biasakan diri sarapan dalam kereta jer.
 
Hari-hari seawal 6.45 am, sudah bergerak ke pejabat.
Ampang to PJ. Jammed.
For now, sweet-sweet lagi, suami hantar pergi kerja sebab kenderaan masih satu.
 Balik kerja, terpaksa melompat naik bas dan LRT sebab suami habis kerja lambat.
Abah dah banyak kali warning saya even berpesan lagi pada suami suruh ajar saya drive sendiri.
Tapi isteri manja dan malas nak drive nak buat cemana ken? Huhu.Tak suka jammed.
Naik LRT tak ada jammed.
Tunggu motor mai, soon, later, mungkin terbuka hati nak drive sendiri pulak.
Will see...

Balik kerja, pukul 6.30 / 7.00 pm baru suami ambil dari LRT. Terus lepak kat kedai makan sambil menonton drama 'Teduhan Kasih' sebab kat rumah tak ada tv.
Isteri finatik tengok, suami pun layan jugaklah.
Insya-Allah, baru perlahan-lahan nak menapak.

Kalau dulu malam, 9pm camtu dah tidur tak sedar diri dah.
Bila kahwin, kadang suami keje full, balik dalam 10.30pm.
Stay untuk layan suami supper.
Walaupun sekadar milo + biskut / roti.

Part paling mencabar pagi-pagi tu adalah nak kejut suami bangun.
Tapi once dia dah buka mata tak ada masalah dah.
Adatlah, kita masih tengah membiasakan diri hidup bersama-sama.
Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
Kadang terasa penat, tapi bahagia.




4 comments:

  1. gigihnya naik bas n lrt..huhuhu tp xpe boley kurus..klu drive mcm kite ni makin ari main gumuks..heheh

    ReplyDelete
  2. @SFaezah - malas tersngkut dalam jem.rela naik lrt.xda jem pun.

    ReplyDelete
  3. lg seronok naik lrt and bus sbnrnya. tak penat drive.

    mcm kita ni drive almost 1 and half hour utk ke tempat keje sbk kat opis lrt jaaaaauh.

    selamat menempuh alam rumahtangga ! :D

    ReplyDelete
  4. @cikCT - tahu takpe. kite malas nak drive tu yg rela naik lrt.tggu hubs amek kt lrt drpd trsangkut dlm jem.pnt tp xlama like penat drive.balik nk wat keje umah lain lg ken.

    ReplyDelete