My W-Review : Henna

Assalamualaikum...
Jom cerita pasal henna atau inai.
Pengantin dan inai ni tak boleh dipisahkan jua kan?
Actually tak terfikir sangat pun pasal inai ni. 
Lepas tu kalut dengan abah yang masuk wad.
Saya ada beli inai dalam tiub tu sahaja kat kedai runcit india.
Cadang tepek itu cukuplah nanti. Pakai simple hujung jari jer.
Lepas tu balik rumah, sehari sebelum nikah, kakak-kakak dah memenuhi rumah. 
Mereka yang sibuk suruh saya cari inai daun pakai. Tak bagi saya pakai inai tiub.
Tak cantiklah apalah alasan diorang.
Saya malas pakai inai daun sebab leceh nak tunggu kering sepanjang malam kot.
Malas nak dengar bebel.
Magrib-magrib tu la saya ajak abah pergi petik daun inai dekat rumah pak cik.
Then kakak la yang mesin inai itu, dan tepek inai malam itu.
Dah la penat, pastu tak dapat nak tidur dengan selesa, pusing kiri kanan, tak dapat lena.
Jenuh juga nak tunggu inai tu agak kering sebab inai yang dimesin, banyak air, memang kena hati-hati kalau tak tercabut la.
Akhirnya, saya tak tahan sangat-sangat. Tak larat nak duduk seperti di atas.
Maka, selepas sejam saya dah bukak inai itu.
 Kikiki.
Hasilnya...

Konon siap pakai salotape nak bagi sama. Masa tengah pakai abah jerit tak bagi pakai ketat-ketat. Tu yang ada jugak meleleh-leleh air inai kat jari itu.

Pastu pada hari nikah, mak cik datang nak tolong masak-masak.
Dia offer untuk lukis inai kat tangan tu.
Saya pun menggedik cakap nak sebab malas nak masuk dapur sebenarnya...
Motif? Raja sehari, tiba masa untuk goyang kaki yer!
Hehehe..

Tak amek pic tangan je la plop. Ni dengan kawan-kawan. Mak cik jugak yang lukis kat tangan diorang. Corak sama. Kat tapak tangan sekali dia lukis.
Masa lukis, tengok, apa-apalah corak ni. Bila dah basuh, wow! cantik dan terus suka!


Nak pakai inai daun : Cari daun inai yang muda, pucuk dia. Warna dia cepat terang. Hasil macam yang saya tu. Sejam pun dah nampak cun!

Comments

  1. pakai sejam pon da merah2 oren.. kalo semalaman..mmg cantik.. ada org ckp..amik daun inai yg tua2. saya dulu pon pakai inai daun jugak...mmg amik daun muda..sbb mak selalu tebang pokok inai tu, nk bagi dia tumbuh bnyk daun. saye dulu mesin juga inai ni..tp guna blender kering. tak payah letak air..tp kena pause2..dan kacau. then..smbung tumbuk sket bg lumat..baru tmbah air bg lembut..kalo tak...keras dan berketul..tak leh nk tempek.

    ReplyDelete
  2. @Miss N : Tq info cr untuk mesin inai tu.boleh la buat untuk majlis bertandang nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my