Preparation untuk Majlis Bertandang la pulaks.

Assalamualaikum...
Huhu. Hari ini jerebu dah agak kurang rasa sikit berbanding semalam.
Semalam, asal melangkah kuar dari pintu pejabat jer, mata pedih + sesak nafas jer.
Hari tak rasa sangat camtu. Alhamdullillah. Makin pulih dah barangkali keadaan.

Hari ini sibuk sikit kat pejabat.
Tengah hari abah telefon, rindu nak dengar suara anaknya.
Sunyi agaknya, kat rumah tak ada orang nak berbual. Saya pun balik KL secara mengejut, plan riang ria bersama abah pun jadi tergendala.
Adik pun rindu abah. Huk. Maafkan adik tak dapat teman abah lebih lama kat kampung.

Selain dari borak-borak rindu itu, abah cakap kad belah lelaki - majlis bertandang tu dah sampai. Besok nak hantar ke rumah mertua saya. Hehehe. 
Nikah dan resepsi dah selesai. Kini tiba musim saya bertungkus lumus untuk majlis bertandang pulak.
Ye, saya yang mengurus jugak. 
Bukan nak conquer semua benda. Kasihan emak saya tu, mereka pun kekurangan kaki tangan. Apa salah saya tolong. Suami yang banyak menyokong untuk saya uruskan majlis ni nanti.
Malah siap request untuk DIY mini pelamin juga.
Moga-moga dapat direalisasikanlah.
Huhu.

Masa bercuti hari tu, sempat jugak menyiapkan doorgift untuk tetamu.
Alhamdulillah, masa majlis hari tu saya memang beli lebih isian doorgift. Tambahan pulak, kuantiti doorgift yang disediakan semasa majlis tu berkurang. 
Disebabkan kesihatan abah yang tak mengizinkan pada masa tersebut, kad tak sempat edar semua.
 Jadi jumlah jemputan itu tidaklah seperti mana yang dijangkakan.
Tapi masih meriah dan berjalan lancar. 

Untuk majlis kali ni doorgift lebih simple je.
Isi gula-gula dan biskut oleo 2pcs dalam bekas dadih tu jer. Tetamu untuk majlis itu pun tak ramai. Lebih seperti majlis hari raya je sebab buat musim raya kan.
Sebenarnya, mudah dan taklah memakan ruang untuk menyimpan. Hehehe. 

Beginilah rupanya semasa progress packing.
 Gigih dok membentuk riben kecik-kecik untuk lekatkan kat penutup bekas dadih tu. Huhu.
Tengah plan nak buat sticker terima kasih plak nak lekat kat bekas tu. 
Lepas tu nak buat special doorgift untuk family jugak.
Thinking of CD zikir.
DIY lagi.

Untuk baju bertandang dah siap cuma perlu beading. Baju dan veil, in progress, semua itu serah kat Veil  By Adria Cottage. 
Tak sabar nak kawen lagi sekali dengan orang yang sama. 



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my