Hai...
Dah 2 bulan + jadi isteri tak ada pun entri masak-masak.
Wuwuwu...
Jeles dengan kawan-kawan yang excited bercerita masak untuk suami, menu berbuka mahupun bersahur gara-gara masalah rumah itu.
Alhamdulillah, Isnin hari tu balik petang, kami ronda-ronda area situ cari tong gas.
Bila da ada tong gas boleh dah masak-masak.
Yeay!
Ni nak act sikit.
Hahaha...
Dah masak dah untuk suami, tapi lauk biasa-biasa jer...
Pertama kali, sardin+ telur dadar jer...-tak snap gambar pun.
Kedua kali, sardin lagi(habiskan hari 1st day punya) + sayur campur goreng. Ikan keli husband beli kat bazaar je.
Hari pertama dan kedua tu versi sampai rumah dah 6.40pm. Masak pun apa yang ada, senang-senang jer.
Ketiga, Spagetti Carbonara versi sihat + cheezy wedges.
Spagetti ni idaman en.suami. Dua kali pergi tesco dok aim sos carbonara dan spagetti ken. Semalam amek halfday sebab ada hal jap, sempat singgah area masjid jamek mencari daging cincang. Sampai rumah agak awal. Rehat jap terus start merebus spagetti. Memotong kentang dan rebus.
Special versi sihat ni sebab siap tambah dengan brocolli+ carrot (grate) + kentang (grate) + kubis (hiris nipis) dan daging kisar sebagai penambah rasa.
Komen en.suami, sedap dan padat. Kenyang...
Penat lelah yang nak kena bangun awal pagi, pergi bekerja, balik rumah nak masak lagi terasa hilang terus bila tengok suami makan dengan bersungguh-sungguh.
En. Suami dok risau saya penat, asyik dok cakap,
"Kalau sayang penat esok masak maggi goreng jer la."
Time saya rajin masak dia pulak tak nak bagi.
Tang saya malas nak masak breakfast tu, dia awal-awal dah buat idea lepas raya hari-hari nak bawa bekal pergi kerja. Nak roti telur, nasi goreng bagai.
Day 4, memang masak maggi goreng + habiskan spagetti yang masih berbaki + ayam goreng McD + burger samurai + bubur lambuk. Rezeki banyak pulak hari tu.
** tak amek gambar pown...
Day 5, husband request kampung style... Ikan goreng + ulam-ulam + budu. Spagetti bolongonese untuk saya, tekak tak tahan rasa nak makan jugak...dan homemade popia goreng + bandung cincau. Suami makan tak pandang kiri kanan. Walawey rindu sangat budu niii...
Day 6, homemade tom yam ayam + telur dadar + homemade popia goreng.
Nah... sekali lagi kami makan dah tak kerling kiri kanan...My all time favourite, tomyam...
Hubs : Pekat, kaww tomyam, banyak sayur, tak ada banyak bawang dan batang serai yang besar.
Me : Sebab semua bawang,serai, dah diblend bersama tomato siap-siap.

Comments
Post a Comment