Followers

Thursday, 15 August 2013

Perjalanan Majlis Bertandang Yang Penuh Drama dan Cobaan

Mood masih raya beraya eh?
Huhu...
Ada tak yang baca entri before ni kisah hari raya saya.
Ada tergantung cerita pada Raya ke-3.
Hari Majlis Bertandang berlangsung...
Semangat nak jadi pengantin baru, pagi-pagi lagi bangun.
Abah ajak pergi ziarah kubur mama dulu.
Balik dari kubur siapkan breakfast. Goreng nugget dan sosej jer.
Habis  tu terus menyidai kain baju sambil menunggu kakak datang, hantar puan perantins ke kedai bridal.
9am, sampai kedai bridal, kedai pun tak bukak lagi. Alang-alang tengok pasar tani dah bukak jalan-jalan cuci mata kat pasar tani la.
Sempat rembat tudung 3 helai. Hehehe.
9.30am start dah nak mekap.
10.30am, balik rumah, siap-siap tukar baju, touch up barang hantaran.
3 dulang jer bawak. Kek puding caramel + cupcakes + laici 3 tin.
Kain pasang dan kain sarung untuk FMIL, simpan dalam beg dulu.
11.15am gerak.
Saya naik kereta kakak num 4 with her husband (which my Photog), MIL and daughter.
12.15pm, still stuck jammed. (Arggghhh...normal its takes 45min sampai ke umah FMIL).
Cabaran dok dalam kete bersama anak sedaraku yang umor 18bulan itu (Ifti Liyana) ialah,
dia geramm sangat dengan veil dan baju saya yang bermanik pearls. Habis diramasnya.
Beberapa bijik jugak manik dekat veil itu tercabut. Huaaaa...
1.30pm, masih jem. Dan enjin kereta mati, tak boleh start...
Uwaaaa...
Call abah nak info, suruh abah tunggu dekat depan, jangan gerak.( dalam hati doa supaya kereta dapat start.)
Jawapan abah ialah,
Abah dah kat depan tak boleh u-turn, adik jalan datang kat depan ni, tunggu dalam kete sini la. Panas ni.
Silalah imagine, dengan pakaian pengantins pegang Handbouquet dan hp jalan kaki about 500-800m ditepi jalan yang jem itu.
Kereta dibelah kanan itu dok hon dan buka tingkap sambil memerli pengantin ini.
Sadisss...
Abah p tengok kete BIL, saya tunggu di kereta jer.
About 20min there, then back to journey.
BIL and his mom left there.
Terpaksa sebab others rombongan sudah sampai beb!
Jalan masih jem.
3.20pm berhenti solat zohor dulu.
3.45pm barulah perarakan berjalan.
Lapar kebulur dah pengantin ni tau!
Macam-macam adegan.
Cobaan.
Namun inilah kenangan paling sweet  sour ok!

gamboo lepas mekap...err rasa mekap ni lagi cantik dr masa resepsi aritu. rasa smooth macam tak mekap pun.

otw ke rumah FMIL

sajaa...bosan dalam jem
Di rumah FMIL, harapan untuk DIY mini pelamin terkubur sebab tak sempat masa nak hias menghias dengan jadual kami yang padat. Al-maklum hari raya. Nak minta tolong orang pun semua pakat sibuk beraya lagi. Berhias di dalam bilik jer.
Photog pun rosak kete sudah, maka gambar pun tak banyak. Huhu.
Tak apa, nanti hire photog untuk outdoor...Amek gambar pepuas. Hehehe....


No comments:

Post a Comment