Mom-to-be : Cerita Buku Merah


Assalamualaikum.
Hari ni nak share pengalaman 1st time buka buku merah.
At first malu-malu jua nak expose bahawa kite pregnant. Ntah pape. (Bila fikir balik nak gelak pun ada)
Nervous kot, pengalaman baru, just share to my bffs - which are not married yet. A very not good choice to get advice... hahaha... 
Then tanya jua sama married and a mom, k.Faz, ex-officemate. So tanya jela dia bout nak buat buku merah sume.
+ lucky, disini ada kawan yang juga baru lapor diri bersama-sama hari tu, tengah preggy. So agak banyak sharing dengan dia.
Pastu, jadi lambat nak buat buku merah sebab sijil nikah kami tak siap lagi. (poyo sangat nak pakai sijil hat comey tu jugak)
Then bila sijil nikah dah ada, decided a date 8 Okt 2013, bagitau bos masuk lambat, suruh husband cuti untuk pergi buat buku. 
From sharing dengan officemate, decided nak buat buku di KK Bandar KB, then malam sebelum tu berbual dengan kakak, tanya. Katanya, buat dekat rumah senang nanti dah bersalin diorang nak datang melawat etc.
I kept thinking. 
Then, pilih buat dekat area rumah jer sebab kalau buat kat kb, 
1. comfirm orang ramai. 
2. officemate pun kata by 7.30am orang dah start amek nombor. 
3. Its takes 40min jugak nak sampai KB dengan jem diwaktu pagi.
4. Malas menunggu.
5. Malas bangun pagi.

Punya semangat + risau Klinik Desa Gondang ramai orang, 7.30 am dah tercongok di klinik.Nurse tengah menyapu lagi. 8.00am baru klinik start.
Bila dah start beroperasi, nurse pun mintak IC dan sijil nikah, dia isi pada kad merah tu sambil temuduga sikit, timbang berat, check air kencing, dan check apa yang perlu.
Then bagi vitamin etc, suruh pergi jumpa doc di KKIA Lundang Paku pada 21 Oktober 2013, nak scan, ambil darah dan minum air gula sebab KD tak ada mesin dan doc tak datang.
 Next TCA, 6 November 2013.
Nurse tu cakap, might masa ambil darah nanti lama sikit sebab 2x ambil darah. Nurse pun kata nanti kalau nak tumpang check up kat KKIA Bandar KB pun tak apa tapi jarang-jarang kena datang check up kat KD Gondang tu jugak. Tapi nurse jugak kata, kat KKIA Bandar, dia tak tahu macam mana, lama ke tidak menunggu kalau tempat dia, datang 8.00am, maks 1/2jam dah siap check.
Dan, semalam 9.00am everything dah setel. Seronok sangat, tak perlu waiting lama pun. Maka terus pergi makan nasi berlauk ikan sedap sangat kat depan SK Ketereh itu. dap.dap.dap. siap bungkus pulut pagi pulak bawa ke pejabat.

#Apa-pun apa yang saya belajar, kalau 1st time, tak tahu, sila tanya kepada yang lebih berpengalaman yer. Tak payah memalu. Nanti-nanti update pasal mengidam, alahan, preparation baby, makanan sihat semasa mengandung etc la pulaks. Semoga saya sentiasa rajin blogging.
masih berhutang entri outdoor photoshoot, pos barang ktmb etc.
Sorry!


Comments

  1. wah..tahniah cik jelita!! jg diri n baby :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Saya pun menghitung hari je ni :)

    ReplyDelete
  3. @Farah Firdaus -tQ dear...semoga awak dan baby selamat dan sihat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my