Followers

Thursday, 31 October 2013

Sila Rajin Memasak

Hi!
Ceritanya, bila dah semenjak dua menjak ini malas sikit nak masak. Bau ikan goreng itu adalah bau yang paling busuk dalam dunia ^_^! maka bila ada menu ikan goreng mesti saya pening dan nak tidur jer. 
Pesanan untuk diri sendiri -Sila rajin memasak cik puan oit!

Ya, kadang perlu motivate diri sendiri. Bila malas begini. Selalunya saya akan recall diri sendiri dengan cerita-cerita orang disekeliling saya.

1st dialogue :
"Akak dengan husband prefer beli jer everyday, jarang masak. Makan berdua jer kan. Si kecil tu je akak masak bubur. Husband pun tak kisah."
deep in my heart says : Heaven -nya tak payah masak. akak tu xpe dia pandai masak. saya tak praktis bila nak pandai. sobs!

2nd dialogue :
Mama masak kek malangnya kek kurang menjadi. Esoknya mama masak ayam goreng.
"Ayam goreng ni lagi sedap dari kek yang mama buat semalamlah."
Minggu seterusnya mama masak ayam kicap.
"Ayam kicap ni lagi sedap dari kek yang mama buat hari tu."
deep in my heart says : i dont want my baby said that to me...hua...bikin panas jer hati. so I must learn how to cook!

3rd dialogue :
Ibu masak nasi berlaukkan telur mata sebab tak sempat beli lauk semasa balik kerja.
"Sedapnya ibu masak hari ini. Kalau hari-hari ibu masak kan best!"
deep in my heart says : terharu bila anak-anak cakap begitu. tersentuhlah bila secara halus anak mula menegur kita dengan kata-kata dia rindukan masakan kita yang jarang masuk dapur. So i must cook everyday so my baby will not miss my cook.

Awal-awal balik dulu, saya agak malas memasak. Well, bukan pandai masak sangat pun. uhuks!
Rela hafal hari pasar malam untuk mencari makanan kami.
Entahlah kurang confident untuk memasak untuk abah kot.
Selera abah lain kot. Pastu abah pun pernah komen saya masak agak masin. 
Akui, kadang ketika guna cili giling, pergi masuk garam lagi walhal sudah cukup masin.
Tapi dek takut dengan komen abah gitu, lepas tu semua lauk dah jadi tawar.
Husband pulak komen, "tawar! Sebelum ni masak okey jer."
So, dillemma...
Masa duduk rumah sendiri berdua dengan husband tak apa, saya masak apa dia layan jer. Sedap aje walaupun hari-hari sayur campur goreng dengan telur dadar dan sardin. Masak spagetti pun on jer sepanjang masa.
Abah punya selera, hari-hari kangkung goreng dan ikan goreng pun tak pa. Spagetti bagai ni abah tak reti makan sangat.
Tapi saya jemu jugak, tak ceria tengok sayur satu warna jer. Hehehe.
Hari-hari menu lebih kurang gitu la. Ikan goreng,ikan bakar,ayam masak kicap,sup ayam,ikan masak kicap, tomyam,sayur campur,kangkung goreng.
Tak inovatif langsung.
Lately jer baru nak gedik-gedik cari resepi-resepi buat idea untuk masak.
Cuba masak ikan keli asam pedas, ikan keli sambal, nasi air dengan gulai ikan.
Dah pandai tabur gula dalam masakan.
Husband makan sentiasa bertambah, hati pun senang.
Abah? Pun layan jer sekarang, dah tak ada komen lagi-lagi buat makanan kegemaran dia seperti mee goreng, kue tiaw goreng dan bihun goreng untuk breakfast.


Next, tengah kumpul ilmu nak baking pulaks.

Start besok, cuti hujung minggu(jumaat dan sabtu) bersambung dengan cuti ganti deepavali (ahad), kelantan cuti peristiwa (isnin), dan awal muharam (selasa). Kerja rabu dan Khamis, kembali cuti hujung minggu bersambung pula dengan cuti hari keputeraan Raja Kelantan  selama dua hari. Heaven! Dan selamat memasak buat diri sendiri...
Dalam minda macam-macam menu nak masak untuk keluarga tersayang! Siap-siap google bagai dah tau... Hehehe...

Awww...good luck for me!

No comments:

Post a Comment