Skip to main content

My W-Review : Handbouquet (1st Giveaway from Handbouquet-Ibtisam)

Assalamualaikum...
Review untuk HB yang saya menang dari Handbouquet-Ibtisam.
Dah lama nak share, asyik terbantut disebabkan ketiadaan gambar dan kerana HB diguna dua majlis tapi dulu tu majlis baru 1 berlangsung. Sekarang dah selesai semuanya. Dah almost 6 bulan kawen baru nak share. Sorry!
What can I say the HB is beautiful! Kemas sangat hasil dia. Saya guna untuk bergambar masa hari nikah.
Let see the pictures k!




 
(Lupa bawak masa pergi masjid sebab tersimpan kemas dalam kotak.) - Rugi tol!

Saja pilih warna kontra Putih + Silver with a little of Red pearl  tu sebab nak nampak kontra dia. Well masa tu planning nak guna HB ni masa bertandang.
Dan memang digunakan juga semasa bertandang.
Masa outdoor post wedding pun guna jugak sebab outdoor pakai baju bertandang.


Meh share pengalaman saya berurusan dengan owner Handbouquet-Ibtisam. Senang sangat berurusan dengan Cik Tie.
Beliau akan memenuhi permintaan pelanggan. Even saya tak bayar dia sesen pun, sebab menang contest jer. Tapi beliau suka dengar, tanya pendapat saya. Beliau tak paham kehendak saya, beliau akan tanya semula sampai paham.
Selain menang HB, saya dapat hadiah 10 pcs corsage.
Cik Tie pm tanya pasal idea untuk corsage, saya cakap buat yang biasa dia buat, rosebud camtu pun okay la. Saya tak cerewet pun serta malas berfikir pada masa itu. Nge!
Tapi Cik Tie beria-ia cakap dia tak de idea, still nak tanya idea saya. So saya google la jap.
Tup-tup dapat dan terus share dengan Cik Tie gambar yang kita berkenan itu.
Hasilnya...
Almost sama dengan pic asal, lagi special boleh letak nama etc kat corsage tu.
Cilok gambar dari page Handbouquet-Ibtisam jer. Tak amek gambar hari tu.


Gambar kawen hat lain tak ada. Malas nak upload. Sekian!

Comments

  1. chantek hb u dear...

    btw WE ada buat GA... join jgn tak join hehehe

    ReplyDelete
  2. cantik hb tu...meriah pearl die!! =)

    ReplyDelete
  3. @WE -tQ dear...xjoin lagi.tengah fikir idea.hehehe...

    @ayong - tahu xpe.puas hati sangat dengan hasil kerja cik Tie. even ada tempah utk kawan pun comel hasil dia

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-