Skip to main content

Setelah 5hari bercuti...

Hi...
Selepas 5 hari bercuti panjang... Memang malas la nak masuk office....
Lah pulak, pagi tadi ada TCA dengan Klinik, lagi seronok bermalas-malasan kat rumah itu.

Planning vavaavom nak masak yang sodap-sodap sepanjang cuti tapi suam-suam sahaja.
Motif? Sebab abah tadak kat rumah, masak ala kadar jer laa...
Hari-hari ada jugak minum petang berupa cekodok pisang dan cheezy wedges kegemaran suami tercinta. Abah pun mula terjebak layan cheezy sekarang k!
Semalam sahaja bersemangat buat nasi lemak. Bak kata husband nasi lemak seminggu sebab dah seminggu menyebut nak buat tapi baru terlaksana semalam. 
Dan... bestnya bila abah suruh masak sambal macam tu lagi untuk cicah dengan lempeng...
Terharu seh! First time ni abah suruh repeat masak... Abah memang tak pandai nak puji bagai, tapi kalau dah dia suruh masak lagi maksudnya sedap letew!

Check-up hari ini, 14 weeks baby... alhamdulillah sihat-sihat sahaja. 
Berat saya jer dok turun naik, semasa check up pertama (10 minggu) - 51.5kg, second check-up (12minggu) - 47kg dan hari ini (14minggu) - 50kg. Nurse tak komen pun. 
Walhal time ada selera makan bersungguh-sungguh benar. Pelik-pelik... tapi asal semua sihat, okey sajalah.

Baby, time saya dok bersiap-siap nak ke klinik, mulalah membikin huru-hara dalam perut (rasa loya,dizzy). Tahu saya nak pergi bekerja kot walhal hari-hari cuti tak ada masalah langsung. Alahan seakan tiada kecuali part bau orang menggoreng ikan memang bermasalah.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. Chit-cha