Diari Dapur : Aiskrim Oreo Homemade

Assalamualaikum...
Happy sunday...
Hari bekerja di negeri Kelantan.
Hari ni nak share resepi yang kite buat pagi semalam.

Since pregnant suka sangat makan aiskrim.
Pastu few weeks ago jumpa resepi aiskrim oreo homemade di Facebook Buku Resepi yang nampak simple jer bahan dia.
 Terus berangan nak buat tapi asyik tertangguh sebab lupa beli oreo dan susu cair. Huehue.


Bahan- Bahan :
  1. 1 tin susu cair 
  2. 6 sudu besar susu pekat manis
  3. 1 sudu besar ovallette
  4. 1 sudu kecil esen vanilla
  5. 1 pack biskut oreo
Cara Penyediaan :
  1. Campur semua bahan kecuali biskut oreo. Pukul guna mixer dengan kelajuan maksimum selama 20 minit -non stop.
  2. Biskut oreo diasing krim-nya dan kisar biskut dalam 7-8keping. (Krim kite masuk dalam mixer jugak)
  3. Pada minit 20, masukkan biskut oreo yang dah kisar. Putar lagi selama 5minit.
  4. Tuang adunan dalam bekas, hias dengan biskut oreo lagi hingga habis.Masukkan dalam peti sejuk beku. Biarkan 4-6jam. Lepas tu boleh ngap.ngap.
Beginilah hasil dia yang kite buat semalam. Dah beku. Suka sangat bila menjadi.

Husband kata sedap, rasa lemak-lemak manis gitew. Esok nak makan lagi. Yums!
^__^ Senang hati wife ni nengok husband makan berselera.

Kite rasa agak manis. Yup aiskrim memang manis, tapi ni dengan rasa lemak-lemak ni terlalu manis tak syok jugak.
So maybe lain kali buat kite kurangkan susu pekat manis tu sebab krim oreo dah jadik penyumbang kemanisan dalam aiskrim itew.

Bahan simple cara pun senang sahaja, masuk semua bahan biarkan mixer memutar. Dah cukup timing berputar terus siap, masuk peti.

Selamat mencuba yer!

Comments

  1. yummy! nampak sedapnya ais krim tu. imah xpernah lg try buat aiskrim oreo ni. aiskrim malysia tu adala..hehe. leh try nanti. tq for recipe!

    ReplyDelete
  2. simple!tp dh nampak mcm aiskrim yg sedia beli tu...puas hati buat sendiri..hehe..nak kena ambik mixer hadiah kawen kt umah mak pastu selalu wt aiskrim gak la..hehe

    ReplyDelete
  3. @Ecah - ken nampak ke-creamy-an dia ken? huhu...buat jgn tak buat...memang puas hati!

    ReplyDelete
  4. mesti sedap nii..nak sikitt..malas buat sendiri..huhu

    ReplyDelete
  5. dah pnah try bt sblm ni..mmg sgt sedap mcm kta bli kt kedai kan? + jimat duit..hehe :)

    ReplyDelete
  6. @Puan Ezy - very yummy!

    @S.Faezah - boleh marilah ke rumah kite.hehehe...

    @cik mah - menarik tertarik...sila cuba dirumah...

    @Farhain - tahu xpe.jimat sangat.dah boleh buat menu utk anak2 sedara yang selalu datang melepak kat rumah kite tu.hiks...

    ReplyDelete
  7. blh bt aiskrim goreng jg..try la..sedap :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1