Skip to main content

Diari Dapur : Homemade Tom Yam Pes Simple dan Sihat

Assalamualaikum...
Hai!
 Hari ini geds nak share resepi tom yam pulaks.
Resepi tom yam pun nak share ke? Pakai pes paket sudah...
Kegemaran kite, tomyam ni sebab mudah. Everything in 1. Sayur + lauk dalam satu mangkuk. Tak perlu pikir susah-susah nak masak banyak dish. Sebelum kawin, housemate siap cakap nak kasi hadiah pes tomyam jer sebab suka sangat makan tomyam -chet! tak kasi pun.. (Bujang, takde alat memasak lengkap kite masak pakai pes jerlah).Mo lagi emm...goreng telur dadar pulaks. Memang bertambah nasi laki bini.
Sebenarnya buat pes sendiri senang jer pun. Mama kite dulu menumbuk je buat pes. Lanii da moden, kite guna blend saje. Kite upgrade sikit versi mama jugak.

Bahan- bahan :
  1. 2biji Tomato (dikisar)
  2. 5 biji bawang merah (dikisar)
  3. 3 ulas bawang putih (dikisar)
  4. 1/4 bawang besar (dikisar)
  5. 2 batang serai (dikisar)
  6. 5 biji cili padi (dikisar) -kalau tak suka pedas sila kurangkan
  7. 2 sudu cili boh (nak kasi warna cantik-like merah gitew)
  8. Ayam / Sotong / Udang (Ikut favourite, campur pun takpe kite biasa guna ayam sahaja)
  9. lobak merah /kubis bunga / kentang  / kubis / cendawan ( potong ikut citarasa dan boleh campur sayur lain kegemaran)
  10. 1/4 bawang besar (hiris)
  11. 5helai daun limau purut
  12. 1 biji limau nipis (perah jusnya)
  13. garam /perasa secukup rasa
  14. Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan  :
  1. Tumis semua bahan yang dikisar beserta cili boh sehingga naik bau (kalau rajin blend bawang sahaja dahulu lagi wangi masa tumis - kite pemalas, vroom sekaligus je semua benda kisar tu)
  2. Masukkan ayam, tambah air sikit tunggu hingga ayam masak, masukkan lobak merah, kentang dan kubis bunga, biarkan empuk sekejap baru masukkan cendawan dan kubis.
  3. Masukkan daun limau purut, biarkan ia mendidih. Sebelum tutup api, masukkan garam, perasa dan jus limau nipis. Kacau seketika, tutup api dan sedia untuk hidang.

**Sesuai sangat hidang untuk anak-anak yang susah makan sayur jugak. Kalau kids tak suka sayur, makan kuah saja pun dah okey sebab kuah based pada tomato. Yums.

 Husband kite suka kite masak gini pekat, terasa kow katanya. Mihmihmih... Masa dok Kota Damansara dulu penah masak gini untuk housemate sebelum pindah. Pastu housemate tu masa mengandung siap termengidam tomyam masakan kite. Terharu kite ni Puan Wawa oii. 

Inilah hasil dia, tapi husband kata yang ni tak pekat seperti selalu. Kite akui sebab masa ni letak sebijik je tomato-nya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-