Skip to main content

Diari Dapur : Nasi Ayam Penyet

Assalamualaikum...
Hai...
Sekian lama menyimpan niat nak berkongsi resepi di blog ni tapi asyik pending sahaja.
Mihmihmih...
Masak ni dalam early Nov kot. Hehe. Baru nak publish ken...
Sibuk sangat tak nyempat nak transfer gambor sebelum ni.

Resepi cari kat google, lupa exact link sebab ambik dari 2-3 tempat lepas tu, edit-edit sendiri mengikut selera. Nasi tu memang sengaja masak ala nasi ayam, baru special lagi ken... 


BAHAN-BAHAN DAN CARA-CARANYA :

Bahan Ayam Penyet :
  1. 3 keping daging ayam bahagian paha.
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 3 biji bawang merah
  4. 1 sudu teh jintan putih
  5. 1 sudu teh jintan manis
  6. 1 sudu teh ketumbar
  7. 1 batang serai
  8. 2cm lengkuas
  9. 2cm halia
  10. 2cm kunyit hidup
  11. Garam secukup rasa
  12. 1 Kiub pati ayam
  13. 1 cawan tepung beras
  14. Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan :
  1.  Ayam penyet direbus bersama kiub pati ayam. Biarkan ayam hingga masak- separuh masak pun tak pe nanti nak goreng pulak ayamnya.
  2. Bahan dari no 2-11 dikisar untuk dijadikan rempah perap ayam.
  3. Ayam masak, toskan, dan perap dalam bahan yang dikisar lebih kurang sejam.
  4. Tepung beras dibancuh dengan air. Bila dah sedia untuk menggoreng ayam, celup ayam ke dalam bancuhan tepung dan goreng garing. (untuk bagi ayam crunchy gitew)
**Bancuhan tepung juga diguna untuk menggoreng tempe dan tauhu yang dipotong kecil( mengikut selera kite-kalau suka belah 2-4 pun boleh)





Bahan Sambal Ulek :

  1. 2 Biji tomato - dibelah 8
  2. 1 gengam cili padi 
  3. 7biji bawang merah -dihiris kasar
  4. 3cm belacan - dibakar sekejap
  5. Minyak
Cara Penyediaan :
  1. Bahan 1-3 digoreng sebentar dalam sedikit minyak.
  2. Kemudian tumbuk semua bahan yang digoreng bersama belacan.
**Komen husband, sedap, berapi macam sambal dekat kedai ibu yang jual ayam penyet di the store ampang. 

Bahan Ulam :

  1. Kubis
  2. Kacang panjang
  3. timun batang
Cara Penyediaan : 
  1. Ikut kegemaran.
Bahan Nasi :
  1. 3 cawan beras
  2. 5 ulas bawang putih -cincang halus ( kalau malas ketuk jer)
  3. 3 sudu besar marjerin Adela
  4. Air rebusan ayam
  5. 4 sekawan 
Penyediaan Nasi :
  1. Tumis bawang putih dan 4 sekawan dalam majerin
  2. Masukkan air rebusan ayam dan beras. Biarkan ia masak.
**Boleh letak daun pandan untuk menaikkan bau nasi.

** Lebihan air rebusan ayam, sila pandai-pandai oter jadi sup untuk jadikan kuah untuk nasi...

**Selamat mencuba hokey!**





Comments

  1. tq share resepi!!! leh try nnti. nmpk yummy..rajinnya awak masak.

    ReplyDelete
  2. yeayy ....tq for the resepi!!
    boleh la iera try wat tuk husb nnt ..

    ReplyDelete
  3. @IMaH - sharing is love..hehehe.tak rajin pun sekali sekala buat surprise dekat suami kala dia penat balik kerja dihari sabtu.

    @Iera'ra - try jgn x try. senang dan yummy.

    ReplyDelete
  4. Wah feveret ni nasi ayam penyet..paling feveret makan ns aym penyet dkt Wong Solo atau Ayam Penyet Ria..Thanks share resipe..ada resipe ni bole try buat sndri pulak nnt..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-