Skip to main content

M-Life : The 6month phase.

Hai...
Seminggu sepi saja ini blog. Kekeke.
Pastu siap kena sound dekat kawan sebab lamaa tak update pasal life sekarang kat blog ni.
Ala...ala...sorry la. Mana kite tahu awak follow sini. Kite ingat syok sendiri saja update pasal life kite.

Husband yang bambam...hahaha...

Fasa ke 6 bulan perkahwinan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Merajuk manja-manja tu biasalah. Kalau ada 'silent time', sekejap je mesti ada situasi dan peristiwa yang akan buat kami ketawa terbahak-bahak selepas itu. Dah lupa part silent sebelumnya.

Pejam celik dah masuk tiga bulan kami mulakan hidup dikampung halaman.
Macam-macam dugaan juga dah lalui kat sini tapi alhamdulillah ditempuhi dengan senyuman.
Rasa lega dan syukur sangat kami ada dikampung, dekat dengan parent, dan keluarga jadi bila kami rasa susah, kami tengok dan fikirkan mereka kami tersenyum sendiri.

Dok kampung ni tak dak tekanan. Kalau dulu masa kami di KL, saya stress jer mesti macam-macam shopping. Pergi jalan-jalan nak shopping, + online pun shopping lagi. Sekarang tak shopping langsung sampai husband pulaks yang suruh shopping.

Husband dah dapat tapak kerja yang okey. No more complain about unpaid extra job etc, cuma waktu kerja kami yang berbeza itu mencabar sikit. Saya 8am-5pm. Dia 9am-6pm (with sometimes site working - OT), penatlah sikit saya menunggu dia untuk balik.
Yups. I'm still not driving. Husband dah banyak kali dok suruh sebab kesian saya balik lambat tapi entah, with this pregnancy, kadang-kadang rasa loya, pening tu makes me not very confdent la to do driving.
Alhamdullillah rezeki juga dari bahagian Rekod (BHT SOPD) saya ke bahagian Rekod (BHT Am - Kajian dan Laporan) sekarang ditetapkan bekerja di bahagian Rekod (sistem casemix).
Since sistem baru, banyak benda nak belajar, dan data yang perlu dimasukkan. Bos minta untuk kami dibahagian ini buat OT hingga jam 6petang setiap hari bermula 1 Disember. Yeay for me sebab ada alasan bila husband cakap pasal drive sendiri. Hahaha... 
Lepas tu dapat tanggung kerja untuk officemate yang bersalin. Sebenarnya dah terlambat buat surat. Dapat pun mungkin dalam sebulan + je. Tapi alhamdulillah jugak, rezeki baby.
Planning to do OT hingga bersalin nanti, hasilnya nanti bolehlah buat beli barang-barang baby dan persiapan berpantang nanti. 

Baby bump tak ada lagi yer walaupun nak menjangkau 18weeks dah. Tapi baby sangat aktif berenang, menendang, mengamuk bila lapar.  Hanya feeling inside la. Tak nampak  Kadang-kadang diam sangat satu hari tak move pun, tidur je agaknya. Buat kite risau jer, jenuh usik dia, minum air sesejuklah hapa, tak jugak nak gerak.

Atuk baby, as always sentiasa caring sangat. Siap packing kurma bawa ke pejabat sebab liat sangat saya nak makan kurma hari-hari.


Ini pulak pisang emas yang kami bawa balik dari rumah MIL, balik dari kerja semalam tengok ada kat atas meja solek dalam bilik. Abah kata letak je situ nanti hari-hari saya cepat ingat nak makan buah. Kalau dok kat dapur tak jadi nak sentuh.
#Okey fine, true... Pagi tadi tengok terus je saya makan sebab lapar. Hahaha.
Sweet dop abah saya?

Tok Ayah dengan Mak Tok (my F/MIL) pun caring. Nge. Mak, kalau dia nak menggoreng ikan nanti dia suruh saya ke depan sebab tahu saya tak boleh bau. Pastu kalau dok tengok cerita bab-bab lakonan OKU etc mak cepat-cepat suruh ayah tukar, takut kena badi katanya. tQ mak, ayah. Hat tak tahan, along (SIL) sibuk dok tanya mak dah nampak tak bump saya sebab dia nak imagine. Pulaks?
Comel betoi Along ni...^__^

Wishing for all happinest never ends. I love this my big-big-big family. Thanks Allah for all love that I got today.

Comments

  1. Alhamdulillah..kjp je masa berlalu..jg diri k..

    ReplyDelete
  2. @cik mah - tQ. memang tak sedar masa berlalu. cik mah pun jaga diri n baby jugak. ^__^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d