Followers

Thursday, 23 January 2014

Diari Dapur : Che Mek Molek

Assalamualaikum...

Minggu lalu balik ke rumah mak. Masa nak balik satu plastik dengan pucuk paku, pucuk midi, dan seplastik lagi ubi keledek oren mak kirim buat bekalan masak-masak kat rumah.
Haila...sweet sangat mertuaku.
Since suami sayang outstation dihari Sabtu dan Ahad maka tak memasak pun. Ubi tu terbiar je atas kabinet dapur.
Masuk hari Selasa, abah dah bagi hint,
'Ubi tu nak buat apa?'

Dari sehari ke sehari tertangguh sebab breakfast hari-hari just goreng keropok lekor yang suami bawak balik dari Terengganu. Semalam barulah ada mood nak merebus ubi tu untuk buat kuih che mek molek sebab fikir hari ni tak ada makanan nak buat breakfast.

Special thanks for dear Hubby, sebab tolong kopek kulit ubi dan tunggu kite hingga siap buat che mek tu.

Bahan- bahan :
  1. Ubi keledek
  2. Tepung
  3. Gula
Cara Penyediaan :
  1. Rebus ubi hingga empuk. Masukkan garam sikit bagi ada rasa masin-masin sikit.
  2. Kopek kulit ubi kemudian tumbuk lumat.
  3. Masukkan tepung . Gaul sebati. Rasa tak cukup tepung tambah sikit-sikit. (agak-agaklah jangan bagi keras sangat doh dia)
  4. Bentukkan bulat, buat lubang di tengah untuk masukkan gula. Bentukkan mengikut kesukaan.  (Kite siap buat bentuk love jugak. Hahaha...)
** Tips : Sila jangan uli lama sangat doh bila dah masuk gula sebab nanti cepat bocor intinya. Meleleh-leleh air gula semasa goreng.








2 comments:

  1. selalu buat che mek molek ni dulu. satu lagi cucur keria. dua2 feveret sbb berasaskan ubi keledek. Hehe..rajin cik jelita masak. imah time preggy ni rajin masak nasi je. kuih2 dh jarang buat. huhu..

    ReplyDelete
  2. @IMaH - rajin sebab ada orang yang makan. bila tak ada orang rasa tak seronok pun nak memasak. selagi masih larat ni kite buatlah apa yang orang nak makan, nanti dah ada si kecik tak tahu la sempat ke tidak lagi nak membuatnya.

    ReplyDelete