Diari Dapur : Waffles with Love

Assalamualaikum...
Wafer ke waffle ea? 
Belasah jea ea...
Belek-belek phone tengok gambar waffle hat kite buat test drive akak kite punye waffle maker few weeks ago.
Sejak kite perkenalkan cik Na (kakak) tu dengan lazada.com.my tu asal balik KB jer dia citer pasal waffle maker tu suruh kite order -kan pasal dia kat Meranto tu tak ada line tepon nak ber-maybank2u.
Line tenet ada, line tepon tak dak. Apa pun tak boleh.
So, bila sampai wafer maker itu hari, cik na tak mai amek terus, abah pulak cakap 
"bila nak try guna benda hat beli tu, boleh makan."
So funny abah siap soh kite g tanya orang jual waffle tu resepinya... (-_-")
Tak de maknanya nak mengadap akak waffle tu tanya cemana nak buat. Google sahaja la. Sumber dari myresepi.

Bahan-bahan :
  1. 2 biji telur 
  2. 3/4 cawan susu segar
  3. 2 sudu makan minyak  
  4. 1 cawan tepung
  5. 1 1/2 sudu teh baking powder
  6. 1 1/2 sudu makan gula
  7. 1/2 sudu teh garam
Cara Penyediaan :
  1. Campur semua bahan pukul hingga sebati dan sedikit kembang
  2. Panaskan wafer maker selama 10 minit sebelum mula membakar wafer itu.
  3. Siap boleh hidang dengan peanut butter / chocolate nutella / jem blueberry or strawberi. Sedap dimakan panas-panas.
**Kite rasa better sediakan adunan awal sejam / semalaman sebelum buat kot sebab bila next day kite buat lagi guna adunan sama, huh tahap gebu wafer itu mantop!

Hasil kite buat macam kat bawah ni. Kite dengan husband makan dengan susu pekat manis jer walaupun pelbagai jem / peanut butter ada kat umah tu.


Uish! Tengok waffles teringat lama tak makan lempeng, rindu ah... Abah balik mo masak lempeng sama sambal laaa...

Ramai tanya beli mana wafer maker tu. Klik LAZADA


Comments

  1. Salam. kat mana ye awak beli wafer maker tu ea?

    boleh kongsi? thanks :)

    ReplyDelete
  2. @Rina - boleh. beli online kat lazada.com.my

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Jelita,

    Saya Hidayah dan saya ada sesuatu nak tanya tentang post ni, boleh hubungi saya melalui email saya : norhidayahmohdnor@gmail.com.

    saya harap dapat balasan email dari Cik Jelita.

    Terima Kasih :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1