Skip to main content

We are already in 24th week (6 months)

Assalamualaikum...

Tak ada idea nak update apa sebenarnya...
Namun gediks juga nak menulis...
Hahaha...
Sekejap je masa berlalu dah masuk 24 minggu going to 25 dah pun.
Persiapan?
Suam-suam...
Idaman untuk baby dan kite semua dalam kepala tergendala sekejap sebab sibuk menyelesaikan bab yang perlu diselesaikan dulu.
Tapi sudah decided pasal bp. Hehehe. Bila dah ada ditangan baru boleh up entri k!

The most relief, bila sekarang ada kawan baru, officemate yang baru sahaja bersalin anak ketiga. Owesome bila she's do full time bf. I'm inspired to do bf juga. Seronok sangat berkongsi cerita. All about baby and saving tips. She sharing what's needed not etc. Good! Later on slowly kite akan share sama-sama kat entri-entri akan datang. Insya-Allah.

How's baby?
Sangat aktif berenang-renang, melompat kala kite sibuk bekerja kat pejabat... Dah baby melompat-lompat, berenang, kite la asyik berulang ke toilet saja. Sabar je anak...
Be good baby sayang... - Baby terus diam. Hehehe... Memahami sangat.
Bila balik rumah, terus diam. Senyap jer.
Husband dok la ajak borak ker main ker, memang malas betul baby nak melayan. Kesian husband kena buli dengan baby. Hahaha.
Mula la husband kacau-kacau baby suruh bangun layan dia.
Pastu si kecik tu marah la, gloomy-gloomy inside terus buat gerakan protes.
Terus berseri-serilah muka husband dapat rasa baby bergerak tu.
Pastu pandang kite dan cakap :
Tak sabar nak  azan dan iqamat-kan baby nanti.
T__T  (touching dengar husband kata gitu)
Debar pun ada tunggu saat melahirkan nanti. Hueee...
Lagi debar bila husband kata :
Baby cepatlah besar, dan keluar nanti main dengan papa.
Owh... tak dapat recognise lagi mana baby kick ker siku or buat apa. Still learning about baby moves la...
Baby masih tiny lagi kot, perut pun masih boleh sorok dibalik baju kurung ni kens.
Hehehe...
Dari cerita orang-orang berpengalaman nanti baby besar sikit boleh rasa siku, kaki baby tu.  Is it real?
Tak sabar sangat tunggu masa tu.
Husband lagi lucu, tak percaya dan teruja bila saya bagitau begitu.
Owh! Manis sangat bila kita mula belajar dan merasai sesuatu yang baru.
Pengalaman mengandung ini adalah sangat precious moments for both of us.
Allahuakhbar! Besar kuasa-Mu. Anugerah-Mu.
Sungguh istimewa dan menabjubkan perjalanan ini, dari segumpal darah kini roh yang bernyawa dalam rahim kite yang kecil ini.


I miss my mother... Al-fatihah mum... I always love you...


Comments

  1. AAA. T DAH NK MASUK 8 BULAN T..DAH BLEH BEZA DAH MANA TGN..KAKI N PUNGGUNG BBY YG SUKA TONGGENG2 tu..hahaha...take care ye..kejap je kan..

    ReplyDelete
  2. @cik mah - really? hehehe...must be fun melayan keletah baby time tu.agaknya husband kite akan lagi cepat seru baby keluar cecepatlah bila dapat rasa semua tu.

    ReplyDelete
  3. yaa. betul tuuu. hehe. nina skg suka sgt main ngn bontot dia. gosok2 bontot dia pastu dia akan goyang. kadang saje jeaa cari kaki dia. bila dah dpt tangkap kaki dia, mesti cepat2 dia tarik. hikhik. comel!

    ReplyDelete
  4. @Nina - comelnyaa...geram...tak sabarnya tunggu rasa semua tu...huhu...sekarang baby sangat marah kalau kite minum ais...menggeletek-letek dia kat dalam tu.makin la kite seronok nak mengacau dia.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum awak. saya baru masuk 23 weeks ++ .. pun tak sabar nak rasa siku baby tu. risau pun ada. hehehehe.

    ReplyDelete
  6. @sheila salim - waalaikumusalam... nanti dapat rasa mesti sangat terujaaa...hiks

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-