Skip to main content

M2B : Maternity & Nursing Online Shopping

Assalamualaikum....

Musim gaji baru bermula...
List shopping untuk baby dan kite haruslah kena dipendekkan...
Mihmih...

Maka, kite shopping lagi.
Kali ini secara online sahaja.
Hard to find nursing bra memurah kat pasaraya sini. Kalau jumpa pun kadang harga telan air liur sikit.
Yelah, since lepas ni plan untuk direct feed baby / full time bf, haruslah nak spare banyak sikit nursing bra ni. 
Lagipun bila dah produce susu, bra akan perlu selalu diganti bila basah etc.

Thru survey, jumpa website summerglitz.
Lama aim tang baju-baju maternity&nursing dia. Macam comel jer.
Blaus-blaus dia cecantik sesuai untuk buat pergi kerja tapi tahan jer hati dari beli sebab masih muat pun sarung baju kurung pergi kerja.

Pastu 2minggu lepas perasankan ada sale. Ada nursing bra yang tengah sale jugak RM9.00 jer sehelai.
Mahu tak menggelupur kite tengok harga tu.
Terus berangan nak beli 10helai bila gaji.

Nafsu sangat nak beli sampai 10. Kite beli 4 helai jer dulu. 2 helai hat RM9.00 dan 2 helai lagi yang harga RM12.00
Selain jenis hat kite amek ni pun banyak lagi pilihan patern dia. Namun bagi kite yang saiz cukup makan ni. Limited sikit la nak cari. Kekadang stok pun tak banyak.
Sebab tu jugak la beli tak banyak takut tak sesuai ke apa. Tapi hat kite beli ni best kain dia sebab fully cotton, non wired. Pakai pun okay. Recommanded la kalau nak beli. Okay la nak beli lagi kat sini tambah stok. Hiks.



Others yang kite shopping sini ialah blaus jugak. Pun best sebab kain cotton. Sesuai untuk maternity&nursing jugak nanti.


Other place yang best boleh shopping-shopping barang-barang mommy begini?
Do share together...Sharing is love...



Comments

  1. imah baru try nursing& maternity bra brand autumm dgn fabulous mom. Tapi imah ska sangat yg fabulous mom tu sebab selesa, sedap pakai. Harga beli time sales tu 20 rnggt. nnti leh la try yg awk suggest ni plk. klu dpt hrga murah dan best pakai mestila kena try..hehe

    ReplyDelete
  2. @IMaH - try la. bg kite sedap je pakai dia. nursing akan memerlukan stok bra yang banyak bila kite dah menghasilkan susu. akan selalu kena tukar2 sbb lekat bau susu. (sharing daripada akak officemate yg fully bf) maka beli yang memurah jelah. lau yg mhal telan air liur la nak beli selalu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum awak. sheila pun niat nak beli baju maternity khas untuk breastfeeding ni. kawan blogger beri link http://aqeela-muslimah.com/v3/ murah2 tu tidak lah. tapi owner dia muslimah. so bagus juga dapat support local owner (",)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-