Skip to main content

M2B : Monthly Check-up 1.1.2014 (22Weeks)

Assalamualaikum...

Happy New Year 2014.
Selamat bercuti pada yang bercuti hari ini. What's your plan today?
Hari ni, negeri Kelantan bekerja, di sini sesi persekolahan pun dah bermula.

Pagi-pagi yang hujan dengan lebat, sedap tidur terbabas hingga jam 7.30 pagi. Huhu...
Mujur hari ni monthly check-up kat KD kalau tak mahu ada yang berlari-lari nak masuk office, parah lagi terus EL sambung tidur. Ngeh.

Result minum air gula, darah masa kat KKIA masa 12weeks baru keluar... 
Apakah amek masa 10 minggu ke dapat result? Tak ngapelah.
Alhamdulillah semua okey...Gula, darah semua perfect.
Cuma this time nurse suruh pergi check gigi pulak bila-bila free sebab katanya bila pregnant at least sekali kena check gigi.
Fine... tunggu kite rajinlah pergi. After 2  weeks ke ken, sebab sian kat husband kena masuk lewat-lewat selalu nanti bos komplin plaks.

Check everything seperti biasa, berat pun dah bertambah 2kg kali ni - seperti yang kite jangka dengan kadar makanan kite hari-hari hadap nasi 2x sehari ni adalah patut naik berat.

Kat KD mesin check HB rosak so nurse suruh singgah kat makmal KK, check HB sambil membebel pasal kesan kalau bacaan HB rendah daripada 11. Al-maklum bacaan HB kite sebelum ni 11.2, nurse risau la. 
Maka, singgah di KK, alhamdulillah bacaan HB kita meningkat jadi 11.9. 
Yeay! Suka sangat... 
Memula risau jugak maklumlah dengan kesihatan seminggu dua ni macam merudum, pastu bab ubat KK bagi jangan cakap, memang haram nak telan (tapi amalkan pemakanan  lain la - kite share next entri k!)

Alhamdulillah semua makin okay, baby sihat. Hu. Tak sabar nak memujuk husband mo pergi scan baby kat klinik lain. Harap kat KK tunggu 7bulan le plak baru scan.

Picture kite time 21 weeks baby inside. Perut malu-malu lagi menampakkan diri.


Kerunsingan sikit bila teringat darah kite O +ve. Kata orang kalau mother darah O ni anak ada percentage tinggi untuk dapat kuning.  So for preparation, my dear friends m2b any idea untuk mencegah daripada anak kena kuning ni?







Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-