Skip to main content

M2B : 34 Weeks Check-up

Assalamualaikum...

Semalam check-up lagi... 
Huhu...Tetibe macam makin cepat pulak check-up.
Patut hari Rabu, tapi since semalam ada appoiment tampal gigi, alang-alang pergi check-up sekali la.
Tak kuasa dalam seminggu nak pergi klinik dua kali.

Pergi klinik dengan abah sebab husband dah terlalu banyak cuti bulan ni.
Siap-siapkan breakfast untuk husband semua baru gerak ke KD Gondang.

Check-up seperti biasa. Berat tambah lagi 1kg. Hoho. 0.5kg ke 60kg. Owh, baby serap banyak-banyak nutrien dari ibu hokey... Love you so much.
Perut meninggi dengan jayanya, bertambah 2cm ja tapi kite sendiri jadi seram dah tengok perut besar.  Hue... Terasa seperti bom on my stomach.
Again, HB rendah lagi. 10.4 jer. Adoi, padah sebab selalu skip Qaseh Gold dan buah-buahan minggu lalu.
Kena bebel dengan nurse bab makan, kena makan yang masam-masam, air asam gitu, jambu batu, kangkung, bayam etc seperti biasa, paling penting 2 minggu lagi nak tengok HB naik.
<Senyum tak perlu kata apa-apa.>
Mata pun pucat jer kata nurse.
Part mata ni adalah diakui sebab tidur lewat semata-mata melayan back to back episode drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Kedudukan baby, nadi  semua cantik seperti biasa. <Our good baby>
Alhamdulillah.... Semoga segalanya lancar dan baik-baik sahaja hingga kelahiran si kecil kami...

Next, appoiment di Klinik Pergigian Lundang Paku untuk tampal gigi.
Memula tu macam takut jer sebab pernah baca pengalaman tak best dengan doktor gigi kerajaan ni etc...
Nervous.Nervous.
Doktor cakap lain, kite buat lain, tangan kiri kanan pun boleh tertukar sudah. Kalut sungguh.
 Tapi silap sangat.
Alhamdulillah, kite dapat doktor yang rawat gigi kite sangatlah lemah lembut dan peramah.
Memula dia  bagitau nak buat apa, gigi yang mana, dan
setiap seminit dok tanya sakit ke? sengal tak?
Kite dok geleng je sebab memang tak rasa sakit atau sengal pun.
Terus merancang nak pergi check gigi selalu.
Motif?
Doktor cun dan baik sangat...
Done everything dalam 10am.
Abah pun cakap terus pergi rumah sepupu kite kawen la. Pengantin sampai jam 11am. Sedang eloklah pergi terus dan makan.






Comments

  1. Assalamualaikum awak.. bestnya baby dah makin membesar kat dalam tu. esok sheila check up. harap-harap la berat badan naik. hihihiiiii... selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  2. hb kite pun xnaik.. kalau x 10 turun 9...naik pun sikit2 je...tapi berat badan kemain lagi naiknye..smpai nurse suh diet sikit...erkkkkk

    ReplyDelete
  3. @Sheila Salim - semog asemuanya baik2 sahaja...

    @misz sheyla - hehehe...kite tak kuat sangat makan kot...jaga HB tau dear.kite ni nak dekat last ni je dok merudum prestasi HB dek lupa makan qaseh gold+amek buah.lau xskip both tu HB ok.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....