Followers

Monday, 5 May 2014

Tanpa kekasihku...


Assalamualaikum... 

Tajuk entri kemain syahdu... Realitinya tanpa suami disisi. Sungguh mencabar dan teramat merinduinya.  Huhuhu... Tak pernah berpisah jauh beginilah rasanya. Nak pulak orentasi jadual padat. Sms / call tengah- tengah malam je. Nasib baik bawa handphone torchlight je, kalau tak dah kena rampas, lagi syahdu rindu jawabnya. Saban malam sms sebelum tidur, dan tidur tak pernahlah tanpa air mata. Rindu... Pastu buat pulak baby super aktif malam-malam, usual suami pujuk-pujuk baby tidur, atau kaki lenguh, usual suami urut, tenangkan kite. Sekarang suami jauh, memang air matalah peneman.

Minggu pertama suami disana dia cool saja, sibukkan diri dengan program cuba tak ungkap rindu kat kite sangat. Mungkin tak nak kite nangis, dan biasakan diri.  Memasuki fasa minggu kedua, kadang tetiba je dia sms tengah-tengah dia dalam kelas. Risau keadaan kite ke rindu? I think both. Huhu. Dah mula hari-hari sebut tak sabar habis orentasi dan nak balik. Kite  lagilah riang berbunga-bunga bila suami nak balik. Tak sabar nak tatap wajah suami kesayangan. Husband asyik dok sebut pasal pindah la, nak cari orang tukar suka sama suka etc. Hiks. See... dia yang terlebih rindu sudah. That day before pergi tabah le kata balik sebulan/ 2 bulan sekali sebab jauh dan kos tinggi etc. Kite senyum sesorang sajalah... Tak boleh blah soalan dia sering tanya, macam mana baby, dah besar ke? Acaner nak jawab tu? Baby still inside, kite bukan boleh nampak baby growing, perut pun rasanya masih sama je bulatnya, timbang pun tak naik dah. 

Ya Allah, terima kasih atas nikmatmu. Aku bahagia. Kekalkan rasa rindu, kasih, dan sayang antara kami ini. Sesungguhnya kami saling memerlukan untuk melengkapi antara satu  sama lain. Moga dipermudahkan untuk suamiku dapat bertukar tempat bertugas nanti. 

# kawan-kawan sekalian kalau ada kenal orang johor yang baru melapor diri sebagai pegawai imigresen juga dan ditempatkan diluar johor (dinegeri pantai timur, kl, utara) dan berminat nak tukar balik johor bagitau kite eh, jom tukar suka sama suka dengan suami kite...

1 comment:

  1. sabar k.
    ala, tak da pulak kawan yg nak tukar rasanya.

    ReplyDelete