Skip to main content

Bila anak kena juandice

Assalamualaikum...
Rindu sangat nak update blog, tapi malas menaip, boleh? Rindu nak blogwalking, tapi line pun tak berapa clear dirumah kite.
Hari ni story bout pengalaman kite dengan anak kena juandice.

Muhamad Thaqif Aiman detected juandice on his day 2, 8.5.2014. Since nurse yang datang melawat bagitau Thaqif nampak ada juandice paras muka, laju-laju SMS husband yang keluar ke Tanah Merah untuk urusan sijil kelahiran Thaqif belikan daun kucai untuk mandikan Thaqif, MIL pulak pesan beli anggur hitam nak suap airnya pada Thaqif. Petang tu, pergi ke KK Kemahang untuk check bacaan SB =188.1,  tak over sangat tapi kena berjaga-jaga takut naik lagi. Nurse suruh repeat bacaan SB di KK Tanah Merah since Jumaat KK Kemahang tutup. 
At night, Thaqif really pulun tidur, bangun menyusu sekali je jam 4am. 

Hasilnya, bacaan SB  kali kedua ni, 9.5.2014 ialah 210. Nurse said, bf demand, keeps him awake every 2hours for bf. Papa Thaqif dah risau-risau takut anak dia kena tahan wad nanti since he is going to Johore by Tuesday, asyik dok cakap dengan Thaqif supaya cepat sihat... MIL pun risau dah, siap tanya nak try susu kambing ke. Kite dengan sopan tolak, sebab kite darah O, susu kambing panas, takut lagi naik mendadak, better not, just do the way nurse said la. Balik dari klinik bersungguh-sungguh kejut Thaqif menyusu. Well since baby yang juandice ni memang penidur, dan tak aktif, so do Thaqif, bedung ke bogelkan ke, geletek kaki semua huh tak jalan, tak mau bangun jugak. So petang tu, mandikan Thaqif sekali lagi dengan daun kucai tu. Mandi barulah nak buka mata, pastu sengaja biar Thaqif berpampers+mitten and booties je, biar dia still awake bagi susu semua. Memang keep wake him up la that day, because next day nak selawat, cukur jambul Thaqif,takkan nak buat majlis tanpa tuan kot kalau Thaqif kena tahan wad. Berdoa.

 Alhamdulillah 10.5.2014, SB = 183. Lega... 10.5.2014 juga  pusat Thaqif luruh.

Repeat SB lagi hari Isnin,12.5.2014, SB = 229. Terkejut dengan result tersebut coz Thaqif keeps awake for bf. Memang Thaqif hisap bukan main-main je. Lagilah papa Thaqif risau nak tinggal anak. Kite toksah katalah memang doa je dalam hati, janganlah sampai anak kite kena tahan wad, hari-hari dok bawak Thaqif datang klinik ambil darah ni pun hati dah sayu, nak imagine Thaqif dok wad, bawah lampu kena cucuk sana sini, tak sanggup okey. Masa nurse tulis result SB semua, husband collect banyaklah maklumat juandice dengan nurse, apa okey, tak. Nurse cakap cuba benda-benda yang sejuk bagi baby untuk berubat okey, benda panas macamsusu kambing tu wajib dielakkan. Susu kambing memang merawat kuning orang dewasa which kunjng orang dewasa ni dah pasti penyakit dia berkaitan hati, manakala baby juandice belum pasti which part dia sakit actually. Masa ni memang dengan kite sekali kena kontrol makan semua. Kunyit, halia, lada hitam etc dielakkan. Lauk pun MIL letak garam je semata, takut sebab makan kite, juandice Thaqif menjadi-jadi. Jiran MIL tawarkan madu untuk bagi pada Thaqif,  kite dah err..err...sebab setahu kite mujur husband menolak.

Again repeat SB, 14.5.2014 since 13.5.2014 ialah Hari Wesak. Alhamdulillah SB Thaqif turun sikit 215. First time pulak Thaqif nangis masa nurse amek darah tapi kejap je. Kebetulan hari ni dia jaga dan tengah menyusu masa menunggu nak amek darah tu kot.

15.5.2014, SB Thaqif turun lagi, 203. Lega, nurse kata okey dah tu menurun, harap tak naik dah. Nurse yang datang melawat kat rumah plak cakap, dah tak nampak kuning pun, kenapa bacaan tak okey lagi. Wallahualam. Petang tu, kite balik rumah abah dah. 

Balik rumah abah memang kena bebel kat kakaklah bab the best way to keep bf baby (pam susu, bagi baby guna shringe every hour coz baby juandice kan tak aktif, menyusu main-main so kena paksa minum guna shringe tulah), abah dah kalut nak cari mandian herba TYT la nak mandikan baby. Tapi kite tak buat pun sebab kite yakin Thaqif menyusu dengan kuat, buktinya timbang Thaqif dah 3.1kg(15.5.2014) dah. Nurse datang melawat 17.5.2014 pun kata toksah risau, normal baby juandice tak bertambah berat, Thaqif ni sebaliknya, lambat turun tu biasa bila mother darah O. 

18.5.2014, hari ni repeat SB Thaqif di KK Lundang Paku since kite dah balik ke rumah sendiri. Alhamdulillah kali ni bacaan SB 168 je.  Masa ni tersangatlah happy tak terkata.

Gitulah secebis pengalaman kite dengan anak yang alami juandice. Mungkin ada hat nak protes tang bagi anak air anggur hitam tu, baby is not allowed having other menu, only mom's milk. I know, i know, sebab ada pun orang mempersoalkan kite bila kite post kat fb kasi air zam-zam kat baby. Bagi kite, kite buat tu dengan niat nak ubatkan anak, bukan bagi bergelen-gelen pun, sesudu teh je sekali kasi. Air zam-zam pulak bak air penawar, berkhasiat dan bagus untuk kita, kite percaya, it will not harm the baby if sometimes we give it to baby. 
 **marah-marah kite kasi semua tu kat baby, eh bukan ke sunnah nabi bertahnik baby baru lahir dengan kurma. So sape buat tu salah le dalam etika pemakanan baby gitu? 

 Happy part juandice dah okey, tapi sarat la pulak anakku ini. Patutlah orang kata, baby boy memang kena jaga bebetul dalam pantang ni.


Thaqif n ibu day 46.

Comments

  1. assalamualaikum awak.. sheila pun kasi air anggur hitam. air zamzam kat baby. jaundice baby sheila tinggi gila, almost 300 tau. kena tahan nicu semalaman. menangis maknya! tapi sheila amalkan minum susu kambing anugerah. alhamdullilah susu banyak, keep bf anak every hour hasilnya dalam seminggu turun mendadak bacaan kuning ke 116. alhamdullilah. baby kita pun tembam skrg, effect dok bagi susu masa dia kuning ritu. hahaha lega kuning anak dah turun (",)

    ReplyDelete
  2. Tinggi juga jaundice thaqif ye...azwa dulu pling tinggi rasanya 110...sikit2 je..samalah mandikan ngan air kucai juga..alhamdulillah berkurang...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d