Skip to main content

Dah nak puasa...

Assalamualaikum...

Pejam celik sekejap je dah nak masuk bulan puasa lagi. Pertama kali puasa sebagai ibu. Risau jugak hati ni mampukah nak puasa sambil fully bf anak, cuaca sekarang dah la panas dari biasa pastu kite jenis cepat dahaga dan kuat minum air. Kadang-kadang tengah df Thaqif pun 1-2botol air itu selamba je kite minum. Nanti puasa cemanalah... Stok susu pun tak buat sebab Thaqif sangat kuat menyusu, sejam sekali dia menyusu. Bilalah ibunya ada masa nak mengepam. Huhu...

Tahun ni 1st time puasa suami jauh. Apalah suami makan nanti? Bangun sahur tak bila tak de kite kejut? Macam-macam pikir. Tapi tabahkan hati juga. Kite rasa alone disini, husband disana pun merasa sama.

Tapi itu lepas 3 hari puasa la yerk mula rasa jauh sebab rabu ni husband balik. Cuti almost a week jugaklah. Sempat sambut puasa bersama-sama, insya-Allah...
Rindunya. Husband balik dah plan nak jalan-jalan cari makan je. Kite kemaruk nak makan macam-macam sebab dah abes pantang, dia pulak sebab lama tak makan menu masakan kelate dan air tangan mak dan kite. Husband dah request nak makan puding roti dan puding karamel. Harap-harap sempatlah buat, maklumlah kena berbagi rumah, sekarang kite kat rumah mertua. So husband balik haruslah stay dulu sehari 2 sebelum balik rumah kite. Balik sanalah baru boleh masak-masak. Kenapa tak masak kat rumah mertua je, kite segan la, mak lagi terror masak, pastu kite lebih selesa sepahkan dapur kite sendiri.

So mummy-mummy baru yang bf anak dan mom-to-be sekalian, macam mana korang persiapkan diri menghadapi ramadan ni? Pemakanan tambahan apa korang ambil? Sahur dengan apa?
Jom share sama-sama k.

Kite di zaman bujang dulu tak bangun sahur pun. Lepas kahwin plak sekadar minum air je sahur itupun buat teman suami je. Now dah ada anak, priority untuk bagi terbaik untuk anaklah.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-