Skip to main content

1st time bawa anak dating

Assalamualaikum...

Husband balik haruslah time untuk manja-manja dan dating. Dulu dating berdua, kini dating bersama si kecil pulak.

26 Jun 2014.
Main point keluar nak cari baby carrier, al-maklum sehari ke sehari badan sikecil membesar bak juara, ibu makin kecik kata papa. Perlukan carrier la untuk membantu pergerakan kite nanti nak ke kedai ke mana-mana bersama anak. Hoho.

Maka, selepas menziarah tok che, terus ke manjaku area tesco kota bharu  itu. Situ je nampak tempat nak membeli barang baby yang lengkap di Kelantan ni. Masuk mensurvey baby carrier. Agak hampa sebenarnya tak banyak choice. Ergo or boba idaman hati jauh sangatlah nak ada, yang ada sekadar brand biasa sahaja.

Since nak beli jugak kite try jela apa yang ada. Muhamad Thaqif Aiman dok mengantuk nak tidur, tapi tak tidur pun. Maybe sebab 1st time keluar lama-lama, dia agak susahlah nak tidur. Sesi test carrier pun dia sibuk jilat carrier itu. Hadoiii... Mata dah stim kens, mulalah nak jilat situ sini dek tak dapat nak nenen ibu. Kite memainkan peranan melayan dia supaya tak menangis atau mengamuk, main-main dengan dia konon test carseat, stroller. Hehe. Thaqif enjoy je, terus lupa part nak tidur mata melilau je tengok sekeliling time dok atas carseat/stroller itu. Then kite kesian dia macam lapar sangat dah, terus ajak husband lepak dalam kereta dulu, susukan anak. Dah susukan kenyang, Thaqif still tak tidur, since dia behave masuk semula dalam manjaku itu, decide beli carrier baby kiko. Sempat juga shopping pampers dan baju raya untuk Thaqif. Alang-alang tengah sale dan mungkin ni je masa kite dapat jalan beli jelah terus. Hiks.

Pastu masuk kete mulalah si kecik mengamuk dek mengantuk sangat dan rimas kot duduk dalam kereta. Uncontrolled jugaklah sekejap. Wuuu...
Nasib baik papa Thaqif cepat fikirkan taman bersebelahan restoren captain-t itu. So bawak Thaqif lepak situ, menyusu, main angin sambil pujuk dia tidur tapi tak mahu tidur-tidur jugak.

Lepas magrib, since dah janji dengan kakak nak dinner di mat salleh burger. So, geraklah ke sana. Kedai simple tapi makanannya special dan sedap. ( next time kite story bout kedai makan ini yek- a must try). Thaqif masih bertahan je, sempatlah kite n husband habiskan sepinggan spagetti lala dan wafer aiskrim. Then kesian sangat kat dia yang muka semakin badmood, maka decide untuk balik jela. Dalam kereta, dapat susu terus tidur.

27 Jun 2014, keluar lagi shopping barang dapur. Almost 2jam tawaf econjaya itu, selamba je Thaqif tidur je sepanjang masa. Masuk kereta nak balik barulah sedar kerana lapar.

Papa ada kat rumah, hari-hari berjalan, ulang-alik dari umah atuk kerumah mak tok dan tok ayah. Pit stop dalam perjalanan itu kadang 2-3 tempat. Thaqif cool jer, mostly tidur je masa berhenti di sekian tempat tu, tapi masuk kereta balik comfirm nak susu. Hari pertama tu je kot terkejut sikit, sekarang dah okey di arak ke sana ke mari oleh ibunya. Hiks.

 

Thaqif sleepy face.

Puasa dah start. Selamat berpuasa. Nanti kite share pengalaman berpuasa dengan anak pulaks. Hiks...

 Psst :  Mommy sekalian, kite tengah survey insurans, dan bank yang best untuk Thaqif.  Duit dak tembam dah makin menimbun ni.  Any suggestion? Meh share sama-sama. Tq.

Comments

  1. Assalamualaikum awak. bestnya dah jalan2.. sheila tgu lagi 6 hari habis pantang baru nak bawa anak keluar. hehhe. tapi sheila dah start kerja harini.. cepat share pengalaman berpuasa dengan anak.. sheila still tak mula puasa lagi, hihiiii.. salam ramadhan buat awak sekeluarga ~~~

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...singgah sini, salam perkenalan....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...