Followers

Friday, 25 July 2014

cerita nak raya 2014


Assalamualaikum...

Wah meriah sana sini pakat citer pasal persiapan raya, kuih raya. Bestnyaa...
Untuk kite raya kali ni pun special sebab beraya bersama anak dan masih bercuti.

 Cuti.Sepatutnya dah melapor diri masuk kerja Isnin 21/7/2014. Namun memikirkan jem yang bakal ditempuhi dalam bandar Kota Bharu diminggu terakhir ramadan dan seminggu awal syawal nanti maka meminta izin suami untuk terus bercuti. Minta izin suami dulu baru minta izin bos dipejabat yer... nasib baik bos perempuan sporting morting, okey jer nak sambung cuti menyusu selama sebulan lagi.Big yeay for me! 20/8/2014 baru masuk kerja ye.

Raya rumah mertua.Kite, suami last minute tak jadi balik raya. Kawannya dapat cuti, dia tak dapat cuti. Sedih! Liat lutut juga nak balik rumah mertua (tahun ni turn beraya dirumah mertua dahulu) tapi sebagai menantu solehah kite gagahi juga balik sana. Hihihi... Sebenarnya serba salah minggu lepas masa nak balik rumah abah dah beria janji cakap minggu depan jumpa lagi, Thaqif raya dengan mak tok. Tup3, tak jadi, kang teringat-ingat pulak mak toknya. Ikutkan abah pun dah meyoal kite, Taufik tak balik, nak raya sana juga ke? Atok pun payah  nak lepas Thaqif letew. Pastu fikir lepas ni kite mungkin dah tak balik sana hingga masuk kerja. Nak latih anak tinggal dengan atok sementara kite pergi kerja,berlatih driving, walaupun lesen dah 4tahun tapi setelah sekian lama asyik pakai driver je nak ke mana-mana kenalah practise semula. Sobs.

Kuih raya. Alhamdulillah, tahun ni sempat jugak buat 3jenis kuih raya sambil melayan anak yang cerdik ni. Okey la dari tak ada langsung. Mana tak dibilang anak cerdik, ibu adun adunan kuih didapur dia tidur, ibu ready nak membakar kuih, dan-dan tu jugak dia nak mengempeng peluk-peluk dengan ibu, tak boleh ibu jauh-jauh dengan dia. So oven berpindah dok ruang tamu la. Sambil main-main, zikir, nyanyi-nyanyi dengan anak, bakar kuih.

Cornflakes madu, biskut coklat chips, dan biskut cornflakes.

Duit raya. Ready sejak awal tahun lagi... berkat habit suka simpan duit RM 1, dan RM 5 baru, inilah masa untuk gunakannya. So, memang tak pening-pening nak pergi tukar duit dibank dah.


Baju raya dah cerita that day. Gambar akan share bila habis berayalah.hihi...

Lastly, selamat bercuti raya, selamat balik kampung... semoga semuanya selamat dalam perjalanan, dan gembira dihari raya bersama-sama keluarga tercinta.

1 comment:

  1. Assalamualaikum awak. bestnya sambung cuti lama. sheila dah kerja since awal Julai. hahahha bertabah je tinggal anak kat orang. sempat awak buat kuih raya, bagus2.. sheila tak buat apa pun. busy kerja sepanjang puasa ni. hahaha selamat hari raya buat awak sekeluarga ~~~

    ReplyDelete