Diari Dapur : Puding berkuah kastad

Assalamualaikum...

Lama tak de entri masak-masak dan makanan.
Meh nak share resepi paling senang dan meletops sedap. Hihi...

Untuk puding, kite guna puding yang siap je. Macam kat bawah ni. Beli yang campur flavour so bila masukkan dalam mangkuk besar, nampak comel je berwarna-warni.


Kuah kastad :
1 tin susu cair
2 sudu besar kastad
3 sudu besar gula

Masak semua bahan atas api perlahan hingga pekat sedikit,vtutup api. sejukkan dalam peti ais.

Puding dibuka semua, susun cantik dalam mangkuk/ bekas sesuai, tuang kuah kastad. Makan sejuk-sejuk sedappp....


Kite buat berbuka puasa. Itu yang menghias dengan kurma, ngapp sekali. Sedappp.. huhu. Malam tu makan 2x puding ni. Idea bijak dan cepat, mudah untuk hidang pada tetamu raya ni. Nak buat stok puding banyak-banyak dan buat kastad.

selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my