Skip to main content

Gifts lagi... Bags...

Assalamualaikum...

Belum habis lagi season Thaqif dapat hadiah la...
Kali ni beg pulak. 
Beg untuk diapers gitu dari atuk saudara Thaqif brand pureen.
Comel je design simple. Since Thaqif dah ada beg zirafah untuk isi baju dia hantar rumah Opah. Kadang-kadang kite guna beg tu untuk isi bekal makanan,breastpump dan coolerbag bawa ke pejabat. Senang, semua masuk satu beg je sebab kite tak suka bawak barang/ beg kiri kanan la. Kira bergunalah.
 Thanks atok pauzi.



Next, beg ladybug dari drypers. Ibu sign-up jadi ahli kelab drypers serta mintak sampel pampers.50K ahli kelab yang terawal dapat beg ladybug. Alhamdulillah kite tergolong dalam 50K ahli itu, so rewardnya untuk Thaqif beg ladybug itu.
Comel sangat begnya, atuk pun excited siap suruh guna beg ladybug tu dah sekarang untuk isi pakaian dan pampers Thaqif bawa ke rumah Opah hari-hari. Ibu layan jer. Beg zirafah simpan dululah, nanti Thaqif besar sikit nak pergi sekolah boleh pakai la.
Thank you drypers.
Mommy sekalian yang belum join kelab drypers meh sama-sama join untuk dapat beg ladybug ni juga. Pastu beli drypers nanti kumpul point banyak-banyak boleh redeem toys or pampers pulak. Hihi...promosi percuma... 
Klik DISINI


Comments

  1. Alhamdulillah rezeki thaqif...ada juga beg drypers....

    ReplyDelete
  2. omey kan beg ni...Iqy pon ade satu...nory buh botol susu n pampers kat dalam tu kalau gi jalan dekat2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...