Skip to main content

Motherhood : Perkembangan #muhamadthaqifaiman 6 bulan

Assalamualaikum...

Sekejapnya masa berlalu. Pejam celik dah 1/2 tahun anakku...
Cepatnya kamu membesar, semakin hari semakin panjang akal juga...

Going 6months, he learns a lot. Perkembangan #muhamadthaqifaiman lebih laju.

2nd time demam, menunjukkan ciri-ciri gatal gigi sangat dah, pantang tengok benda semua nak gigit, DF pun dia gigit jugak.
[tapi belum nampak giginya]

Memang sangat-sangat tak sabar nak makan tahap tengok orang makan memang dia buat bunyi mulut jugak. kesian giler tengok dia buat bunyi tu, insaf ibu menyorok-nyorok je makan.

Time DF, tangan tu pandai dah menjalar ke muka ibu etc.

Pandai main. Dia suka nak main dengan sepupunya yang 2-7tahun tu. Main mainan dia pun pandai, so nak ke mana-mana sekarang memang ibu bawa mainan dia juga supaya dia tak cepat bosan.

Cucu atok. Manja to max dengan atok. Kaki tangan dan mulut sekali berfungsi kalau atoknya lalu minta simpati sangat suruh ambil ken. Rela tu tahan lapar dan mengantuk, kalau dapat dukung dengan atok. Pheww...

Bila pegang dia berdiri dah pandai bengkok kaki dan lompat. Haiyooo... Ini dengan ibu dia buat 3x lompat je ibu mampu layan, nak lagi ibu dah letak kat bawah. Lenguh ibu yang sedia kuruih ni.

Dah la memang awe senggih. Orang tegur sikit tersenggih-senggih. Tok Che kite hat strok tu pun geram-geram je dengan dia. Siap cakap kalau boleh ambil ni, nak gomol. Mana tak terliur nak gomol, Thaqif layanz je kite letak dia tepi tok che or atas dada tok che, siap main janggut tok che, hisap pipi dan hidung tok che. Kalau budak lain kadang nangis dah tengok tok che terlantar camtu, Thaqif okey je. ^__^. [hope sampai besar la layan tok che ye sayang]

17 Oktober 2014, officially dapat lesen gear reverse. Letak bawah kelambu, dia reverse keluar. Akibatnya malam itu tak berapa tidur, dok berlatih. Ibu teruskan tidur je, Thaqif berlatih
 dan cakap sengsorang dah eekkekk baru ibu amek. hihi.

18 Oktober 2014, officially dapat lesen bergolek. Meniarap dan terlentang sendiri. Golek lagi best, lesen gear reverse tak berapa guna dah la. Dok bawah kelambu, goleh-golek alih kelambu sendiri.


19 Oktober 2014, finally accept new teat. yeay!

20 Oktober 2014, dah pandai pegang botol susu sendiri...

Dok atas rocker / carseat dah pandai nak gelonsor turun /keluar dari situ.

Kaki tu kalau dok dalam carseat asyik nak tendang penghadang depan carseat tu bagi naik atas...

Favourite sangat kalau tanggal stokin ialah jilat ibu jari kaki.

Dapat walker doh...





Comments

  1. Alhamdulillah...Thaqif semakin bijak & membesar dgn sihat. best kan tengok perkembangan anak setiap hari. Kadang tak sedar anak dah besar. Huhu..

    ReplyDelete
  2. Comel je bc perkembangan..dh besar die..yeah..nnti le mamam..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...dah besar thaqif. Seronok baca perkembangan dia. Rasa kejap je kan dia besar...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d