Skip to main content

Banjir di Pantai Timur- Kami turut merasa

Assalamualaikum...

Ya... Banjir yang melanda pantai timur kali ini memang luar biasa. Kite pun terkena tempias juga.
Kata abah, seingat dia, kampung kami kali terakhir digenangi air banjir pada tahun 1967. Walhal belakang rumah kami itu sungai Kelantan tapi memang tak pernah la merasai banjir.

24 Disember- Check-up anak di Klinik. On the way ke pejabat, kawasan Bunut Payong  kereta dok bersusun di tepi jalan dah. Dok kat pejabat orang ramai dah bising-bising paras air meningkat, akan banjir. Kite pun memang awal-awal pesan pada abah ambil kite dari kerja dengan motor je sebab comfirm jammed balik kerja tu dengan banjir yang bakal tiba. Sempat snap few pics dikawasan bunut payong yang kian tenggelam.



Sempat tengok paras air sungai kat belakang rumah tu kejap. Air deras toksah cakap. Takut kite tengok.



Malam tu tidur tak lena, kejap-kejap terjaga, kembali lena sebaik dengar kereta lalu dengan smooth kat jalan raya. Lega tahu air belum ada kat kawasan rumah.


25 Disember- Cuti. Paras air makin meningkat. After lunch, tidur. Bangun tidur abah cerita rumah mak muda kite dah ditakungi air. Lepas asar, pergilah melawat kawasan rumah mak muda tu. Air mula menutupi jalan raya. Kakak kite datang semua plan nak tidur dirumah kami kerana rumah mereka tiada elektrik (diorang ingat tak de elektrik itu biasa-biasa je rupanya kawasan kampung bahagian dalam sudah digenang air, kawasan rumah mereka pun sudah dipenuhi air). Lepas magrib, rumah sebelah sudah dipenuhi air. Tidur malam memang tak lena.Cik Tie,kakak kite yang dok Subang keep sms bertanya khabar. Masa ni line telefon celcom memang out, digi pun out, hanya ada maxis- lucky my dad masih mengekalkan nombor maxis dia so boleh la ber-sms dengan kakak dan husband.

26 Disember- Jam 3pagi tersedar,tengok suasana air didepan rumah, masih nampak tanah dicertain tempat. Masa ni blurr, adakah patut alih kereta sekarang? Kenapa kakak tak bangun ni, nak kena kejut ke? 4am, abah balik (abah tidur rumah mak muda) untuk alih kereta. Barulah semua orang bangun. Air pun dah capai kawasan parking kereta. Kat rumah mak muda air sudah paras anak tangga ketiga, aka paras paha. Selesai pindah kereta di pinggir jalan sana. Air mula naik lagi memenuhi kawasan parking. 5.30am elektrik terpadam. Perasaan saat ni, darurat dah ke kita? Sebab kami antara kampung terakhir yang bekalan elektrik diputuskan. Air paras anak tangga pertama aka paras betis.


 Rumah kite dah mcm rumah terapung je tengok dari jalan.

Longkang pun dah tak nampak rupa

Rumah jiran kite

Abah siap-siap ambil nama kami pergi daftar ke pusat pemindahan kerana risau paras air akan meningkat lagi.
I is so blurr mengemas barang untuk berpindah. Yang penting barang anak kena lengkap. Baju anak just tuang je semua dalam beg, pampers 1 pack besar, 1 box baby bites, sijil lahir, buku klinik anak. Pakaian sendiri 3-4helai sahaja.
Dalam tengah hari kak Iza datang ajak dok rumah dia sebab sana tak naik air. So blurr, bagai lembu dicucuk hidung follow je. Masa ni keadaannya semua jalan untuk menuju kampung kite dah block dah tinggal 1 jalan je melalui jalan tali air. Air kat tali air pun deras kot, sikit lagi nak sama paras jambatan dah. Takutt kite tengok air deras mengalir dari dekat.




27 Disember-Since call abah air tak naik dah bertahan je. Pack all our clothes, wanna get home. Tapi patah balik since air dimana-mana, tersekat dek air. Resah jer. Yelah sehari tinggal rumah, risaukan abah. Dari 3am 26 disember tu tak tidur. Risau darah tinggi abah naik la tak cukup rehat, kalau depan mata senang nak suruh dia berehat.

28 Disember- Alhamdulillah kelantan bagi cuti peristiwa. Susahnya kami kat sini bila eletrik tak ada pam minyak ditutup, atm pun tak berfungsi. Kami orang yang tak berani simpan cash banyak-banyak ditangan ni terasa seksa ooo bila atm tak berfungsi. Menuju ke Pasir Puteh untuk mencari atm dan memenuhkan tank minyak. Petang tu dah dapat balik ke rumah sendiri walaupun elektrik masih belum berfungsi, asalkan berada dirumah sendiri okey la lagipun esoknya kerja. Bila balik rumah, dengan sedih hati membuang stok susu yang rosak.


Walaupun tak memenuhi peti seperti ibu-ibu breastfeeding lain, tetap sedih...Berat rasa hati nak memberikan anak susu formula saat tinggalkan anak untuk pergi bekerja esok. Maafkan ibu sayang, ibu janji akan usaha keras untuk kumpul stok untuk anak ibu lagi.
Ini baru sedikit yang dirasai tanpa elektrik, tanpa atm, dan tanpa minyak sementara waktu. Tak dapat bayangkan mereka yang kehilangan segala-galanya di Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan lain-lain tempat.

29 Disember - Nak pergi kerja, tapi tak dapat dek jalan masih digenangi air di kawasan wakaf che yeh dan bunut payong. Patah balik. Susah hati pun nak tinggalkan anakda dengan formula milk...







Comments

  1. Semoga semuanya selamat yer... Zumal follow #144 sini :)

    ReplyDelete
  2. umah banjir jugak kak?
    alhamdulillah, ktorang kat bachok selamat lg. risau jugak paras air naik mendadak. berdebar2 takut banjir

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena jugak tapi tak la teruk.tulah.berjaga2 je jgk kot ada gelombang ketiga seperti yang diramalkan oleh kaji cuaca

      Delete
  3. Paling tak menahan tgk susu rosak T-T bukan senang nak kumpul tu.. untuk anak lagi. semoga cepatlah berlalu fasa pemulihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. T__T memang sedih.sekarang tengah positifkan minda dan berusaha untuk pam sekerap mungkin semoga boleh kembali exclusive bf anak serta menyimpan stok susu untuk anakda.

      Delete
  4. Allah mmg tak terkata.
    walaupon hnya mbca entry ni tp jauh disudut hati dapat merasai segala kesulitan yang dialami.nak nak bila ada anak kecil kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d