OH MY GROLIER!

Assalamualaikum...

Korang pernah dengar Grolier tak?
Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak.
Nice program with a price.
Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung.

Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak. 
Masa tu berjaya melepaskan diri.
Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join.

Khamis, 17 September 2015.
Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah.
Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam.
(Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang)

Sekali ntah macam mana bos kite invite dia cerita pada kami-kami tentang program itu tapi tak de orang mai. Kebetulan dok kat meja tengah make call kat ofis atas. Elok la plak encik grolier tu mai parking tepi kite. Tengah on call tu, bos bagitau kite ni ada anak dah etc. Lagi la encik grolier sanggup menanti kite abes cakap phone.

Dan bermulalah cerita tentang Grolier. 3 program full package RM126 x 24m  Free bookshelves+morphan lego + junior dictonary etc.
Muka i'olls tak berminat langsung.
Encik grolier pujuk plak dengan plan ansurans RM84 x 24m, 2 program. Free morphan lego + bookshelves. Atau RM84 x24m, 3 program no free morphan lego.
Masih muka tak berminat langsung.
(Bos kite plak yang excited tanya apa lagi dapat free etc)
Dah ditawarkan pakej paling murah RM63 x 24m, dapat 1 program sahaja. Talking English (20books+talking pen). 
Kite masih muka blurr.
Perasaan minat nak morphan lego tu je since Thaqif suka main daripada watching tv (program disney english x20books + 20cd).
Buku-buku Thaqif minat tapi rasa macam cukup dah dengan buku-buku yang kite selalu beli.

Bos kite pujuk-pujuk encik grolier tu. So encik grolier tu setuju nak bagi morphan lego+talking english 1 set, junior encyclopedia 2 volume, bookshelves.
**eh boleh nego-nego plak harga dia. suka hati je nak kasi apo tak ikot set pun ea?

Jauh disudut hati masih berat hati untuk ambil set tu. Tapi since my bos bersungguh-sungguh je kan pujuk encik grolier itu suruh kasi macam-macam. Maka isilah form itu. Ambik jugak la.

Taraaa...
Rak buku simpan dediam dalam stor sana dulu.

Eklopedia superhero tu free dari penghantar barang-barang ni plak. So nice.

Well dah beli tak perlu kesal. Moga bermanfaat digunakan oleh #muhamadthaqifaiman.

For me, dah puas hati la. Sekurang-kurang amek set paling sikit, dapat free gift macam-macam, lego morphan ni best.macam-macam bentuk ada.boleh buat macam-macam. 400pcs.siap ada buku guide nak build everything.
Husband dop tahu lagi ni kite shopping tunggu dia balik la tunjuk.
Kikiki...

#notakaki : kalau korang nak terjebak dengan grolier ni, sila buat muka tak berminat sangat pada mulanya, pastu bargain for the lowest price and more freegift.


Comments

  1. Saya teringin tapi tak mampu..So fikir cara lain untuk ajar Ammar..Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak mampu.tak terfikir pun nak beli.tapi tersepit dgn bos kite yang support untuk beli.klu kite dok ngn encik grolier tu je.mmg seyakin2 alam jawab TAK NAK.

      Delete
  2. aakak beli masa anak 1st baby lagi, skrg dia dah form1
    memang beribu lemon habis
    last year sang termite sudah memakan buku2 grolier tu so banyak yang dah rosak....tapi bg akak, beli aja buku biasa2 anak-anak pun enjoy membaca....dia org ni terlebih marketing tu buat semua org 'cair'...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...itulah kite pun prefer guna buku biasa ja.tp dah terbeli terpaksa jelah guna.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Pengalaman membeli di 11street.my

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan