Skip to main content

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum...

Korang pernah dengar Grolier tak?
Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak.
Nice program with a price.
Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung.

Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak. 
Masa tu berjaya melepaskan diri.
Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join.

Khamis, 17 September 2015.
Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah.
Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam.
(Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang)

Sekali ntah macam mana bos kite invite dia cerita pada kami-kami tentang program itu tapi tak de orang mai. Kebetulan dok kat meja tengah make call kat ofis atas. Elok la plak encik grolier tu mai parking tepi kite. Tengah on call tu, bos bagitau kite ni ada anak dah etc. Lagi la encik grolier sanggup menanti kite abes cakap phone.

Dan bermulalah cerita tentang Grolier. 3 program full package RM126 x 24m  Free bookshelves+morphan lego + junior dictonary etc.
Muka i'olls tak berminat langsung.
Encik grolier pujuk plak dengan plan ansurans RM84 x 24m, 2 program. Free morphan lego + bookshelves. Atau RM84 x24m, 3 program no free morphan lego.
Masih muka tak berminat langsung.
(Bos kite plak yang excited tanya apa lagi dapat free etc)
Dah ditawarkan pakej paling murah RM63 x 24m, dapat 1 program sahaja. Talking English (20books+talking pen). 
Kite masih muka blurr.
Perasaan minat nak morphan lego tu je since Thaqif suka main daripada watching tv (program disney english x20books + 20cd).
Buku-buku Thaqif minat tapi rasa macam cukup dah dengan buku-buku yang kite selalu beli.

Bos kite pujuk-pujuk encik grolier tu. So encik grolier tu setuju nak bagi morphan lego+talking english 1 set, junior encyclopedia 2 volume, bookshelves.
**eh boleh nego-nego plak harga dia. suka hati je nak kasi apo tak ikot set pun ea?

Jauh disudut hati masih berat hati untuk ambil set tu. Tapi since my bos bersungguh-sungguh je kan pujuk encik grolier itu suruh kasi macam-macam. Maka isilah form itu. Ambik jugak la.

Taraaa...
Rak buku simpan dediam dalam stor sana dulu.

Eklopedia superhero tu free dari penghantar barang-barang ni plak. So nice.

Well dah beli tak perlu kesal. Moga bermanfaat digunakan oleh #muhamadthaqifaiman.

For me, dah puas hati la. Sekurang-kurang amek set paling sikit, dapat free gift macam-macam, lego morphan ni best.macam-macam bentuk ada.boleh buat macam-macam. 400pcs.siap ada buku guide nak build everything.
Husband dop tahu lagi ni kite shopping tunggu dia balik la tunjuk.
Kikiki...

#notakaki : kalau korang nak terjebak dengan grolier ni, sila buat muka tak berminat sangat pada mulanya, pastu bargain for the lowest price and more freegift.


Comments

  1. Saya teringin tapi tak mampu..So fikir cara lain untuk ajar Ammar..Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak mampu.tak terfikir pun nak beli.tapi tersepit dgn bos kite yang support untuk beli.klu kite dok ngn encik grolier tu je.mmg seyakin2 alam jawab TAK NAK.

      Delete
  2. aakak beli masa anak 1st baby lagi, skrg dia dah form1
    memang beribu lemon habis
    last year sang termite sudah memakan buku2 grolier tu so banyak yang dah rosak....tapi bg akak, beli aja buku biasa2 anak-anak pun enjoy membaca....dia org ni terlebih marketing tu buat semua org 'cair'...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...itulah kite pun prefer guna buku biasa ja.tp dah terbeli terpaksa jelah guna.

      Delete
  3. hai..saye klu utk pendidikan anak-anak sye sgup berhabis demi ms depan anak2..anak kite juga tu bkn anak org lain..jgn slhkan grolier sbb buku dorg mahal..kuality mmg terbaik..anak2 pun top student english mmg superb..ramai ibu bapa xtau apa itu syllabus..anak-anak x blh bljr tanpa mengikut syllabus yg betul..umpama awak spm terus bljr amik degree..terkilan juga ada ibu bapa yg berkira dgn pendidikan anak2..jgn slhkan buku tu rosak..slhkan diri sendiri..cukup ke ms utk anak2 dr segi pendidikan dan masa bersama utk semak kerja sekolah dorg?..fikirkanlah..

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan Unknown! Sama ada norma di Malaysia ibu bapa terutamanya MELAYU (ye, cakap pasal ni memasing tak nak cermin diri sendiri tapi marah bila kita tekankan pasal perkauman). Menuntut ilmu itu satu kewajipan dari sebelum lahir lagi ibu bapa perlu terapkan pada diri sendiri nak dapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak dan DIRI SENDIRI. Anak ada rasa malas belajar, tanya diri sendiri kenapa dia macam tu? Aku macam tu ke dulu? Kenapa anak orang lain sebaya dia genius2? Salah aku ke tak bagi perhatian pada pelajaran dia? Atau ada faktor lain? Kalau diperhatikan selalunya anak-anak berbangsa Cina (kerap kali kita tengok anak-anak mereka jenis yang suka belajar) mereka sanggup luangkan masa untuk banyak belajar dan lebih fokus dalam pelajaran. Kalau diselidik sebenarnya mereka begitu pun kerana majoriti dapat didikan yang baik dari ibu bapa. Ibu bapa mereka pun ramai jer yang dua2 bekerja tapi at least dapat spent dalam 30 minit atau satu jam sehari dengan anak-anak itu lebih baik untuk mengajar mereka, atau sama-sama belajar dan mendidik serta rajin nak berusaha menuntut ilmu walaupun malas tu ada dalam diri. uhasabah diri. Nak yang baik untuk jangka masa lama untuk anak-anak supaya anak-anak tak menanggung perihnya kebodohan dan kelembapan sampai kena compare dengan orang lain, ibu bapa itu sendiri yang kena fikir dan banyak-banyak muhasabah diri. Dah beli jangan ada sikit pun penyesalan kalau tahu ianya baik untuk keluarga sendiri. Dah tu jangan macam bangga pula tulis di blog tentang (kononnya lah) kena bagitau ada pengalaman yang 'buruk' macam tu. Husnuzon, dan saya yang menulis juga berhusnuzon, bermuhasabah dan mendoakan yang baik untuk keluarga anda semua. Jangan suka menyalahkan yang lain kerana setiap perkara yang Allah jumpakan pada kita akan membeir himah yang besar pada mereka yang berfikir. Wasalam.

    ReplyDelete
  5. Masih ingat x harga deposit utk setiap pakej yg ditawarkan?

    ReplyDelete
  6. Saya baru je terjebak dgn groiler ni tadi.. Dh bayar deposit.. Sebenarnye nk tolak tapi dok dipaksa je.. Rasanye berbaloi tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kn, mmg xnk, tp dk paksa je.

      Delete
    2. saya terjebak kelmarin.x bgtau husben lg.muka memula memng x brminat lgsung.sbb tau hrga beribu.anak pon dah beli bku memacam hngt hangat tahi ayam ja dia..boleh cancle balik x ye.sbb bla x brmnat sya x byk tya tp mcm tpksa plak.adeshhh.sbb msa tu sya sorang dkt tmpt krja rsau tkut semacam plak nk bg dorang ni cpt cpt blah dri ofis 🙄

      Delete
    3. sama la..sy pun dipaksa...dan dah bayar deposit semalam.mula2 datang rumah cakap tak nak jual apa2.just nk daftarkan sy percuma jika berminat.tapi bila cakap daftar free ,sy pun nak la.lpas daftar dia cakap kena bayar deposit hari tu pulak, geram betul.

      Delete
  7. Sape nk buku Grolier terpakai bole contact sy..harga mur- mur.da beli tp x pkai

    ReplyDelete
  8. Ada x yg Nk jual pen talking English and story book... Pm sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak jual . xberusik lagi. kalau nak boleh pm 01111859780

      Delete
  9. Sy pernah beli yg full set semua ada. Harga masa tu mandi yahudi. Deposit 350,bulanan 170 2 tahun. Skrg alhamdulillah lego nya tinggal 10-15 biji je,buku tinggal kulit,smart pen lesap tingga speaker,tong lego buat pasu bunga. 😭😭😭

    ReplyDelete
  10. Saya baru je terkena tdi padahal kalau kat mall sy elak... klini dia dtg rumah, pastu sy ingat org prihatin time² covid nk tny ttg education anak.. sekali diq pnya explain bru perasan glorier pny org... mmg anak pndi speaking.. tpi no 2 xpndi membaca lagi... mula² tolak juga, bile dia panggil anak² tgk apa yg ditunjuk.. anak² excited.. kita tgk pown alah boleh lemah sbb anak minat..bile dh register, citer ngn suami.. mcm menyesal.. apa ptt buat.. hahaha boleh cancel x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana pembayaran akak sekarang? Dah habis ke?

      Delete
  11. Salam nk tnya...sy ada ambil set buku bagai tu dengan harga 380....yg kena bayar bulan2 tu apa plak yer..xfaham...133 bulan 2 tahun...kalau xbayar ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bayar tu..saya pun kena juga..baru semalam🥲 nk buat mcm mna huhu

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d