Skip to main content

freegift nestum jerkk selalu.

Assalamualaikum...

Oh, since Thaqif masuk 6bulan, Thaqif asyik dapat free gift nestum jer. 


Organix fruity apple porridge from babydash.com, nestle cerelac tu dari nestle.
Bila tengok kite bukak parcel isinya nestum, atok Thaqif semangat jer nak bagi Thaqif makan nestum tu... pfttt...
Kite feeling sesuatu sangat...

Kite memang suka freegift tapi dah biasa masak bubur sendiri untuk Thaqif, tengok anakda makan berselera hasil air tangan ibu, mestilah terasa tak sampai hati nak kasi makanan instant (biskut baby bites tak dikira okey, itu kudap-kudapan untuk Thaqif demi mengelakkan orang sekeling suap apa sahaja)

 Feeling ini sangatlah sama seperti bila mana dulu kite cakap nak mula campur fm pada Thaqif bila dia cecah 6bulan. Siap dah beli FM  untuk cuba tapi tak sampai hati nak kasi sebab susu badan masih meriah. Moga susu terus meriah hingga Thaqif 2tahun.

Minggu ni balik rumah mak tok Thaqif di Kemahang, atok lupa nak bawa bubur Thaqif. Nasib baik la bersiap sedia dah bawak Heinz organic biscotti snack, baby bites, nestle cerelac yogurt dan kentang( rebus dan lecek je). Biasalah trademark ibu, prepare makanan banyak-banyak, lebih tak pe, jangan tak cukup.



Jumaat pagi, bagi Thaqif makan Heinz Organic Biscotti Snack, hancurkan dalam air. Excited je makan 2keping habis. Haha, dah terbiasa makan buat kudapan jugak dah biscotti tu, so cepat je accept bila hancurkan pun. Tengah harinya, try la bagi nestum nestle cerelac yogurt tu. Know what, Thaqif makan 2-3 mulut pastu terus buat muka nak muntah dan tak nak telan nestum tu. Beza sangat muka masa makan biscotti, dan bubur. Pastu kasi kentang sajoo la pada hari tu. Elok je makannya.

Maybe #muhamadthaqifaiman suka makan dari air tangan ibu jer kot. Muahaha...
Takpelah anak, ibu suka je masak untuk awak hari-hari pun boleh...
Nasib baik le nestum tu semua free je. Kalau tak, nangis jugak ibu. Hihihi...




Comments

  1. next time ibu boleh prepare buat biskut homemade utk teething. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dan nak menguli biskut la.weekend pun anakda nak bertepek sahaja.

      Delete
  2. nk beli biskut tu..tp asek tak terbeli je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.biscotti tu ke? tu pun beli untuk try n error, Thaqif layan okey la.

      Delete
  3. dpt free orang bg ke or join yg freebies pe sume tu? anak sedare Sya pon 6 bulan, klw die lepak ngn Sya, Sya suap jek choc lat. mak die (adik ipar) bg greenlight, so layan.. hehehe. tp xleh byk la. takot nnti ape ntah (xingat ape mak pesan. hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang nestle tu join freebies.yang organix tu, beli barang kat babydash.com, diorang bagi free

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d