Skip to main content

Motherhood : Perkembangan #muhamadthaqifaiman 7bulan

Assalamualaikum...

Rasa baru sahaja update perkembangan anak 6 bulan, tup-tup dah masuk 7bulan...

Alhamdulillah bermula usia 6bulan #muhamadthaqifaiman dah mula diberi makan. #muhamadthaqifaiman memang suka makan. Ibu sangat excited tengok dia makan hari-hari. Pastu memang sangat tak boleh makan depan dia, nanti sibuk nak jugak. Makan sorok-sorok pun dia boleh tahu kite tengah makan, nanti dia akan datang duduk depan kite, mata bertentang mata gitew memang membuat ibu rasa bersalah betul. Pastu kan kalau orang hidang makan, pun dia sibuk nak tolong sama, solution selalunya ibu beri dia baby bites barulah tak kacau hidangan.

Santai layan baby bites sama-sama kak afifa...

Mood 6bulan + kot, kalau nak tidur tu atas katil dalam bilik jer, cuba tidurkan dia kat ruang tamu sambil menonton tv, tak dapat yer, dia akan golek-golek seluruh rumah jer pastu eekkkekk. Mencabar sikit lorh bab ni, sebab nanti masuk bilik dengan ibu zzzzz...

Tersangat alert dengan bunyi. since sekarang abah more tidur di rumah mak muda kite, kite tidur berdua je dengan anak dirumah, so wajib la kena set alarm. Bila alarm phone bunyi, Thaqif dulu yang sibuk cari bunyi alarm tu kat mana. Terpaksalah ibu tidak kunci alarm, guna alarm #muhamadthaqifaiman je.

Dok atas walker tu dah laju sangat-sangat bergerak situ sini, tarik itu ini.Pendek kata, semua benda boleh dicapai dengan walker dan bebas merempuh masuk bilik atok, bilik air semua. Pastu dah pandai main kejar-kejar dengan ibu serta main sorok-sorok. Hehehe...Ibu la menyorok nanti panggil Thaqif, dia akan segera berpusing-pusing cari suara ibu. Lagi,ibu blok jalan nak ke dapur dengan meja kecik serta kerusi dia siap main tolak-tolak meja kecik dan kerusi tu tu  dengan walker. Ingat ibu buat kubu mainan ka?

Acara sepah kopiah atok.
Memegang dan melempar barang. Sekarang dah pandai campak-campak barang dah si kecik ni, campak botol susu dan mainan dia memanglah favourite sekarang. Memula macam eh it cannot be like this, not good. Then, baca pasal perkembangan bayi semua, its just baby learning. Terus asal dia campak barang ke apa, ibu senyum dan cakap 'good boy!'

Dah pandai protes tak nak susu botol bila ibu ada dan pastikan susu botol habis tanpa dikesan. Caranya dengan tuang botol dan picit teat tu sampai susu menitik laju-laju. He do it by himself...  T__T. Susu ibu jugak yang awak tuang-tuang itu sayang oitt...

Dalam happy bergerak dengan menggunakan walker, kadang-kadang dia bosan tak nak dok dalam walker nak golek-golek juga.
Dah bergolek 360 darjah. Ibu dok kat kaki dia nak sarung stokin nanti dia pusing2 mengadap ibu balik. ^__^'.

Ini aktiviti guna gear reverse memula gelak, pastu tersangkut, kelat terus muka.
Suka bangun pagi. Kadang pukul 4.30am dia dah bangun main-main, pastu sibuk paksa ibu bangun jugak bawak dia keluar bilik. Selagi tak bangun sibuk tendang, atau tarik rambut atau korek mata ibu sambil mulut cakap bububuuubuuu.

Dah boleh duduk with support. Kalau tak de support kejap je jadi macam pokok kelapa kena tiup dek angin. Hehehe.. Boleh dah le dok dalam baby chair dengan confident.
Ada style engineer tengah meeting dari babychair tak?

Sibuk kira stok drypers. I am die hard user drypers...eh?haha...

6 bulan 3minggu barulah nak mula crawl ke depan tapi 2 kali tarik badan jer, dah tak jadi. It's ok sayang, no pressure, ibu faham perkembangan setiap anak itu berlainan, asalkan anak ibu sihat dan aktif, ibu okey jer.





Comments

  1. cntik btl rmbut dia.. xpe dear, pelan².. nt dh pandai ke depan, lg jenuh nk mengejar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ..hihi...now dah makin laju ke depan pastu sibuk angkat lutut macam nak merangkak.hewhew

      Delete
  2. lawo rambut...eeee geget kang....suka main nyorok2 bawak kerusi ekkk....geram tol... mane beli drypers byk2??nk gak beli borong...jimat sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...tQ. tulah tempat orang tak kasi pegi nk pegi...
      kite beli pampers 1box terus kat lazada time promo.senang beli buat stok 2-3bulan terus.hihi

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-