Skip to main content

REVIEW BREASTPUMP EVE LOVE FLEXI

Assalamualaikum...

Anak going 8month soon, ibu baru terhegeh-hegeh nak review breastpump. Takpelah biar lambat asal adooo jugak review.
Every product, ada kekurangan dan kelebihan sendiri. Kite kongsi pengalaman kite dalam menggunakan breastpumop eve love best dan tak bestnya.

First advice, jika anda new mom-to-be, plan nak beli breastpump, toksah tamak beli double pump. Single je cukup dulu.

Kenapa? Sebab sampai sekarang kita single-kan evelove flexi kite itu. Sebab kite malas nak basuh banyak-banyak. Mean, corong x2, botol x2 (sebab kite simpan susu dalam bekas dadih je), pas basuh nak lap-lap every part bagi kering (kat ofis kite tak suka nak biarkan all parts tu terdedah aka kering di rak begitu sahaja).
Tapi untungnya kite beli breastpump ni dan jadikannya single sebab nanti tak perlu nak fikir untuk beli baru parts macam sheild dia bila dah longgar-longgar (sekarang dah longgar,sebab asal basuh je kite akan bukak sheild dia), atau parts lain rosak.Sebab apa kite macam tak perasan jer whether evelove ada jual parts berasingan.
 Maka, kalau nak beli breastpump jugak, check it out whether ada jual extra parts ke tidokkk...supaya dapat terus guna breastpump itu untuk next baby jugak. Barulah berbaloi-baloi ken, kalau idak, 1baby 1 pam tapi kalau mampu begitu, tak de halangan pun untuk berbuat camtu.

Next, evelove diiklan sebagai breastpump mesra powerbank, siap dapat free powerbank. Macam wow!wow! Bestnya, mudahnya nak guna, anytime, anywhere. Forget it! Its not at all. 2x breastpump kite terpaksa warded. Pertama,  masa baby umur sebulan, kite pun tak pasti apa masalahnya, tetiba nak pam tak menyala lampu dia. Second, memang kite mengaku most guna dengan powerbank untuk pam. Talking to customer service, he said, oh! Puan tak boleh keep guna dengan powerbank sebab nanti powerbank akan lemahkan motor breastpump dan selepas pam kena cepat-cepat cabut kabel/bateri pada motor breastpump itu kalau tak perkara sama berlaku. Fine! Memang lepas tu pam guna kabel terus ke plug jelah. Bak kata husband, barang China.
Bagusnya sebab evelove ada center di Malaysia sendiri, ada customer service syarikat sendiri untuk menjawab permasalahan kita dan cepat proses untuk servis breastpump. Just ambil masa lebih kurang 3-5hari bekerja untuk dapat kembali breastpump yang diservis (kira sekali hari hantar/ pos breastpump pada hq).

So, kalau nak cari breastpump, cari seller yang buat servis baiki breastpump sekali, kalau rosak ke apa, mudah-mudahan cepatlah breastpump dibaik pulih dan dikembalikan pada kita.

Yang kita masih suka pada evelove flexi ialah suction dia langsung tidak menyakitkan, bagai diurut sahaja. Syok sangat pam sambil buat kerja, kadang-kadang pm sampai limpah. Nasib baik tak backflow. Lagi, kite suka skrin dia papar masa mengepam kite, dan skrin yang berlampu itu membantu kala pam di waktu malam, tak payah bukak lampu pun tak pe. Pastu siap ada tutup untu sheild dia, kalau berenti pam sekejap ke apa, boleh tutup dulu. Selamat dari terdedah dek kuman.

Sesal ke beli evelove flexi ni? Tidak sebab ada yang best jugak ken dengannya, pastu kite jenis bersyukur je dengan apa yang ada walaupun cik husband memberi green light untuk beli baru. Buat apa membazir beli baru sedangkan masih okey. Lagipun aritu beli dengan full set dah, cooler bag, botol susu, ice brick, warmer (ni tak guna pun, ada orang nak beli? nak let go half price je)  






Comments

  1. Su guna medela swing dgn harmony sbg backup bila swing hantar service. Nice sharing.

    ReplyDelete
  2. info untuk mommies2. bagus info ni cik jelita :)

    ReplyDelete
  3. Betul..Jangan tamak..Single breastpump memadai. Saya guna fs pun single je. Especially kalau kat rumah. Kalau kat ofis out of 5/6 pumping session guna 3 kali jer double pump. So single pumping pun cukup jer.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d