Skip to main content

Muhamad Thaqif Aiman & Formula Milk

Assalamualaikum...

Dulu pernah kata nak mulakan campur FM pada Thaqif bila dia 6bulan. Dulu plan nak kasi FM kerana risau dia tak suka makan, so add on FM la. Bukan susu ibu tak cukup bagus tetapi kite tak tahu rezeki kite menyusukan anak takat mana pastu tak tahu jugak berapa lama dia masih suka menepek dekat kite so mesti bersedia untuk terus memberi nutrisi untuk Thaqif. Tak mo la kecik-kecik ni gebu-gebu comel, dah mula 1-2 tahun ke atas kurus melidi pulak.
Lepas tu tak sanggup nak kasi, dah rasa awesome sangat sebagai BF mom, dan sebab penghasilan susu masih okey, stok pun masih ada serta Thaqif seorang yang suka makan, tak susah nak makan. Maka, FM untuk test itu tersadai sekian dalam almari sehinggalah banjir melanda, eletrik terputus selama lebih 3hari. EBM habis cair...
Ada je yang tanya tak bagi Thaqif je minum EBM tu sebelum rosak? Huhu...Thaqif itu kalau ibu ada mana le mau EBM. Minum terus dari ladang sajoo lagi umphh. Maka, kenapa nak paksa anak? Daripada dok bergaduh dan dengar dia melalak baiklah mudahkan dengan kasi jer
Kenapa tak pam? Huhu... Tak mampu nak pam kot, anakda tu siang-siang tidurnya sekejap-sekejap je, banyak nak main je pastu buat 2 round menarik dada, kuak lentang terus isi tank perut dia. Masa anak tidur, ibu isi perut cepat-cepat dengan harapan nak pam sekejap lagi, tup-tup anak dah bangun nak susu lagi. Waktu malam, dah cukup penat tak rehat pada waktu siang, ditambah Thaqif sejak blackout itu dia macam nak kena rasa jugak ibu disisi dia, nak peluk-peluk je sentiasa again tak sempat nak pam.

Maka secara rasmi 29/12/2014 Thaqif on FM. Kite bagi FM Nestle Lactogen 0-12m. Confuse sebenarnya nak bagi 0-12m or 6m+. Then decide 0-12m mungkin susunya more comfort and gentle for his stomach which usual having BM. Alhamdulillah Thaqif tak de problem dengan Lactogen, hari-hari poopoo, dan he drink without any complain. Bhahahaa...
Reaksi dia minum FM itu tanpa ada rasa pelik etc itu membunuh hati ibu sangat okey. Sampai hati samakan susu ibu dengan susu ibu lembu. Eh?

Namun semangat BF masih belum luntur, mula kerja hari-hari pam macam biasa. Berusaha  untuk dapatkan stok macam dulu. Tak dapat stok macam dulu pun cukup untuk bekal esok hari pun okey dah. So far alhamdulillah dapat catch up untuk bekalan the next day working jelah. Habis owesome dah rasanya. Sungguh terasa ketagih plak untuk membekalkan susu untuk anak.hihi... Good la ken... Semoga dapat kembali fully BF.
 Doakan kite k...




Comments

  1. Smg dipermudahkan segala urusan cik puan jelita..pengorbanan sorang mak utk anak.

    Smg terus kuat semangat ye. InsyaAllah pasti rezeki cukup utk thaqif..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. semoga dipermudahkan ya. sheila pun pam hari ni untuk bekalan esok. baru kelmarin ajar adam minum susu FM. sebab stok memang dah takda sejak sheila mula kerja hahahhaa semoga kita dapat pam banyak2 untuk anakanda kita. hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...kite pun doakan untuk sheila jugak...mari gebu2 kan anak dengan susu ibu.

      Delete
  3. in shaa Allah smga dipermudahkan buat u dear :)

    ReplyDelete
  4. dugaan berat nak istiqamah menyusu sampai 2 tahun lagilah kalau bekerja tp lagi berat dugaan, lagi besar nikmat dan ganjaran d akhrat nanti inshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.insya-Allah kite berusaha mengikut kemampuan dan be positive kan.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d