Skip to main content

PEVOO (Palestine Extra Virgin Olive Oil)

Assalamualaikum.

That day, ramai bertanya PEVOO tu apa bila kite citer menambahkan PEVOO didalam bubur nasiThaqif.

 Dari kiri original bottle PEVOO - PEVOO untuk sapu pada Thaqif - PEVOO untuk letak dalam bubur aka puree Thaqif - PEVOO dalam diaper bag Thaqif (jarang norr guna tu pasal penuh jer)


Kite kongsikan dibawah info dari seller PEVOO.
Credit to sis Munirah Syed Abu Bakar.


PEVOO berasal dari Tanah Suci Palestin di Ramallah. Minyak Zaitun merupakan EKONOMI terpenting Palestin. Namun sejak penjajahan Israel sejak lebih 60 tahun, terlalu banyak ladang ladang Pohon Zaitun dihancurkan. Berdasarkan maklumat dari Oxfarm yang berpusat  di London, Tanah Palestin sebelum penjajahan haram Israel mempunyai 100 juta pohon namun hari ini mempunyai 9.5 juta sahaja.

Firman ALLAH SWT menerusi Surah An Nur Ayat 35: “Allah Cahaya Langit dan Bumi, adalah seperti seperti lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang barakah, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis lapis, Allah membimbing kepada cahaya Nya siapa yang dikehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan bagi manusia, dan Allah mengetahui segala sesuatu”

Menurut Sabda RASULULLAH SAW dari Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi; “Minumlah Minyak Zaitun dan berminyak (sapu) dengannya kerana ianya dari pohon yang diberkati. Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Barangsiapa menggosok (badannya)dengan minyak zaitun ,syaitan tidak akan mendekatinya”.

Minyak Zaitun adalah termasuk di antara makanan Sunnah yang amat amat berkhasiat dan amat digemari Rasulullah SAW. Di antara khasiat dan nutrisi Minyak Zaitun ialah kaya dengan Vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan Zat Besi.

KELEBIHAN PEVOO

1) Datang dari TANAH SUCI RAMALLAH, PALESTIN di mana petani petani bersabung nyawa memetik buah zaitun kerana berhadapan dengan tentera ZIONIS (EXTRA VIRGIN OLIVE OIL – dipetik hanya setahun sekali sahaja)
2) Dari pohon rata rata berumur 400 tahun. Tanaman nya adalah jenis tradisional.
3) Diperah secara manual yang dinamakan COLD PRESSED MANUAL menggunakan BATU dan KERAHAN TENAGA MANUSIA. Kebanyakan buah zaitun dari negara negara pengeluar utama dunia seperti Sepanyol, Greece dan Turkey menggunakan PERAHAN MESIN (WATER JET MACHINE) kerana menjimatkan masa dan tenaga. Namun, perahan mesin ini akan mengurangkan tahap POLYPHENOL sebanyak 20%
4) Mempunyai acidity kurang dari 0.5 %. Secara tepatnya ialah 0.47% dan 0.48 %. Di negara lain mana mana Minyak Zaitun yang mempunyai acidity kurang dari 0.5 % ialah minyak zaitun yang amat baik dan tinggi kualitinya dan akan dijual dengan harga RM 500.00-RM 700.00 sebotol.
5) Kandungan Antioksidan yang amat tinggi. Antioksidan di dalam Minyak Zaitun dipanggil POLYPHENOL. Kandungan POLYPHENOL yang tinggi adalah di sebabkan cara perahan minyak zaitun Ramallah ini sendiri . POLYPHENOL berfungsi sebagai AGEN PENCEGAH DAN PEMBASMI SEL KANSER.
6) TAHAP PEROXIDE yang rendah. Lagi rendah tahap peroxide bermakna lebih baik minyak zaitun asli.

KHASIAT DAN KEISTIMEWAAN PEVOO

Terlalu banyak keistimewaan PEVOO ini kerana ianya adalah Makanan Sunnah dan semua Makanan Sunnah mempunyai keistimewaan dan Kelebihan dari segi barakah. PEVOO bukanlah ubat juga bukanlah makanan tambahan. Ianya disebut beberapa kali di dalam Al Quran dan juga Hadith Riwayat yang sahih. Berpegang dengan kata kata RASULULLAH SAW iaitu, MINUM DAN SAPU, INSYA ALLAH dengan ISTIQOMAH atau KONSISTEN PASTI BARAKAH DAN PERUBAHAN TERJADI.

PEVOO UNTUK WAJAH – Kandungan Vitamin E yang tinggi di dalam PEVOO menjadikan ianya amat amat sesuai untuk kulit samada wajah atau bahagian lain. Walaupun ianya adalah minyak, tetapi kandungan POLYPHENOL yang tinggi menjadikan PEVOO ialah minyak yang amat mudah meresap. Sapukan pada wajah (DARI KULIT NORMAL KE SENSITIF) bermula dari bawah ke atas dengan Selawat , Urutkan perlahan lahan sampai ke ubun ubun setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur. Kulit wajah anda akan semakin berseri seri kerana disebutkan di dalam Surah An Nur bahawa cahaya yang menerangi SYURGA adalah dari MINYAK ZAITUN. Kedutan kedutan di mata akan mulai pudar dan hilang begitu juga dengan lingkaran hitam bawah mata, dan juga bintik bintik hitam sekitar hidung. Kesan parut akan mulai berkurangan. Sapukan pada wajah sebelum ber “make up”. Selepas seminit mulakan make up. Insya Allah anda tidak perlukan apa apa krim pelembap dan pembersih make up lagi. Sapukan selepas solat sambil berselawat.

PEVOO UNTUK KULIT – Apa sahaja penyakit kulit seperti kulit kering, bisul, kudis dan sebagainya, hanya perlu sapu sekerap mungkin.

PEVOO UNTUK KANSER – POLYPHENOL ialah sel yang pembasmi atau mencegah sel kanser di dalam badan. Setiap dari kita mmpunyai sel kanser. Oleh itu, bagi pesakit yang mempunyai kanser disarankan untuk mengambil PEVOO Secara istiqomah dan setiap kali rawatan kimoterapi dan radioterapi atau selepas mengambil ubat. Alhamdulillah, MINYAK ZAITUN ASLI telah membuktikan bahawa sel kanser berkurangan dan sakit hilang tetapi dengan SYARAT haruslah meninggalkan makanan makanan SYUBHAH iaitu makanan yang akan meninggalkan kesan buruk kepada badan dalam jangka masa yang panjang. POLYPHENOL juga bertindak bagi menghasilkan sel sel badan yang baik berkualiti tinggi dengan sangat sangat cepat.

PEVOO UNTUK ECZEMA DAN PSORIOSIS- Eczema ialah penyakit kulit yang berkait rapat dengan darah. Sehingga kini masih belum ada ubat untuk excema cuma ada ubat atau krim yang mampu mengurangkan kegatalan. Namun begitu, harus diingat pengambilan krim dan ubat atau dadah yang banyak bakal merosakkan buah pinggang kita. Oleh itu, Makanan Sunnah adalah yang terbaik kerana bersifat semulajadi. Sapukan pada kulit badan kita atau bahagian bahagian yang ada excema contohnya di bahagian leher, belakang badan, tangan dan kaki.  Psoriasis merupakan penyakit yang selalu terjadi pada orang dewasa. Istiqomah dalam pengambilan Insya Allah perubahan seperti kurang gatal walaupun berpeluh, kulit tidak sesentifif sebelum penggunaan, kulit tidak kering malah lembap dan lembut.

PEVOO UNTUK JANTUNG – Minyak Zaitun memang terbaik untuk Jantung kita. Pengambilan sesudu besar sehari Minyak Zaitun akan memulihkan perjalanan darah keluar masuk arteri dan vena. Menurut www.oliveoilsource.com dan beribu ribu lagi website kesihatan dan pelbagai buku buku kesihatan, Minyak Zaitun mampu menaikkan kadar KOLESTEROL BAIK iaitu High Density Lipo Protein (HDL) dan mengurangkan Low Density Lipo Protein (LDL) iaitu kolesterol yang tidak baik. Badan kita memerlukan HDL yang tinggi bagi membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Monounsaturated fats iaitu lemak tidak tepu yang tinggi di dalam minyak zaitun meningkatkan kandungan HDL yang amat amat penting untuk jantung. PEVOO mempunyai kadar monounsaturated fats yang tinggi. Bagi pesakit jantung, digalakkan untuk meminum PEVOO DUA SUDU BESAR sebelum sarapan dan DUA SUDU BESAR sebelum masuk tidur. Selalu sapukan PEVOO di bahagian jantung dan bahagian tangan dan kaki terutama betis dan peha untuk melancarkan perjalanan darah seluruh badan. Ada beberapa kes, dengan pengambilan PEVOO yang istiqomah dan elakkan dari makanan SYUBHAH, Alhamdulillah pesakit tidak lagi perlu membuat pembedahan jantung.

PEVOO UNTUK BUAH PINGGANG, PARU PARU, USUS, HATI dan segala ORGAN DALAMAN – Ingin dikongsikan seorang Hamba Allah yang sangat sangat rapat dengan saya mengalami HEP C, beberapa bulan sebelum pembedahan , beliau mengambil PEVOO secara istiqomah. Masya Allah dengan izin , Rahmat dan Hidayah ALLAH, Alhamdulillah , penyakit HEP C beliau sembuh dan tidak perlu menjalani pembedahan. Apa yang terjadi ialah POLYPHENOL bertindak bagi membuang toksin di dalam badan dan menghasilkan sel baru yang baik. Oleh yang demikian, segala penyakit, organ dalam atau luaran dengan pengambilan PEVOO yang konsisten Insya ALLAH sel sel baru yang baik pasti membuatkan badan semakin sihat. Dan kerana itulah, PEVOO bukanlah ubat. Ia makanan SUNNAH dan semua makanan SUNNAH adalah yang terbaik di dunia.

PEVOO DAN SAKIT SENDI, SAKIT SARAF DAN OSTEOPOROSIS – Minyak zaitun Asli sangat baik untuk sakit sakit sendi , sakit tulang , saraf dan osteroporosis kerana pelbagai kajian telah membuktikan bahawa Minyak Zaitun kaya dengan Kalsium. Serapan minyak zaitun asli amat cepat dan terus menyerap kepada saraf, tulang dan sendi.  Ibu saya sendiri penghidap sakit sendi dan tulang yang agak kronik, tetapi berkat urutan dan minum minyak Zaitun Alhamdulillah, banyak perubahan positif yang dapat dilihat. Ada beberapa kes di mana mereka menghidap sakit lutut yang kronik tetapi Alhamdulillah sembuh dn tidak perlu dibedah.

PEVOO DAN DEMAM, SELSEMA – Tahap polyphenol yang tinggi mampu menguatkan metabolism badan. Anak anak yang biasa dengan makanan Sunnah biasanya sukar mendapat penyakit. Jika anak demam, berhenti memberikan madu kerana sifat madu adalah panas. Lumurkan PEVOO dari ubun ubun hingga ke tapak kaki terutama di celah celah pelipat. Beri minum 3 – 4 jam sehingga kebah. Jika selsema, buat perkara yang sama dan boleh disapu PEVOO di kawasan hidung.

PEVOO DAN ATHMA , BATUK– Minyak Zaitun asli berupaya mengeluarkan lendiran dan memudahkan pernafasan . Minum secara istiqomah dan sapu pada belakang badan, kaki, tapak kaki. Satu tips untuk dikongsikan ialah, panaskan PEVOO di dalam senduk besi atau periuk di atas dapur selama 20 – 30 saat kemudian letakkan di dalam mangkuk atau piring kaca dan mulakan urutan pada bahagian bahagian yang berkenaan. Insya Allah, jika padi bayi kita buat begini lendiran akan keluar melalui najis atau muntah mereka.

PEVOO DAN DARAH TINGGI, KENCING MANIS – Dikongsikan oleh ramai bahawa jika anda mempunyai darah tinggi mahupun darah rendah, dengan pengambilan yang istiqomah dan elakkan dari pemakanan Syubhah, dengan izin ALLAH maka bacaan darah adalah normal. Begitu juga dengan pesakit kencing manis.Minyak Zaitun Asli mampu mengawal bacaan darah.

PEVOO DAN RESDUNG, BUASIR, CIRIT BIRIT, SEMBELIT – Beberapa testimonial yang dikongsikan kepada saya, bagi yang mengalami resdung hanya sapukan sahaja PEVOO di bahagian wajah terutama hidung dan kawasan sekelilingnya. Insya Allah jika anda selalu bersin sewaktu bangun pagi maka akan berkurang dan hilang. Dan beberapa testimonial lain ialah akan keluar lendiran kuning yang banyak melalui hidung. Jika anda pesakit buasir, sapu pada bahagian berkenaan dan minumlah secara istiqomah. Jika cirit birit dan sembelit, minum sesudu besar dan sapu pada perut.

PEVOO DAN PERKEMBANGAN OTAK – Kandungan Omega 3 yang banyak di dalam PEVOO adalah amat amat baik untuk perkembangan otak anak kerana mampu  mengeluarkan sel sel neuro yang banyak dan berkualiti tinggi. Oleh yang demikian, ajarilah anak anak kecil sejak umur 5-6 bulan bagi perkembangan otak dan juga perkembangan tulang.

PEVOO DAN WANITA MENGANDUNG SERTA WANITA MENYUSU – Kandungan nutrisi penting   yang banyak tentu sekali amat baik untuk wanita mengandung. Amalkan minum dua sudu besar sehari bagi pembentukan otak bayi serta tulang mereka. Sapulah dengan kerap pada tulang belakang , kaki dan perut kerana dapat melegakan sakit sakit sendi dan tulang dan kepenatan dan kemabukkan teruk semasa waktu mengandung.

PEVOO DAN BAYI – Mulakan menggosok bayi anda seawal umur sehari. Kongsikan keberkatan minyak zaitun dengan mereka. Minyak zaitun jauh lebih baik dari minyak telon atau minyak panas. Kerana memang dijamin Minyak Zaitun dapat menggelakkan kembung perut, menguatkan tulang bayi serta memberikan keselesaan kepada mereka kerana apabila diurut dengan minyak zaitun, tidur mereka lebih lena. Dan sentiasa menyapu minyak zaitun pada ubun ubun mereka kerana syaitan amat membenci bau minyak ini. Dan jika anak anak kecil mempunyai ruam lampin, sapu sahaja pada bahagian kulit.


PENGGUNA PEVOO

Semua termasuk bayi orang dewasa wanita mengandung dan wanita menyusu.

CARA MAKAN

Pada orang yang tidak mempunyai sakit – Minum sesudu besar setiap pagi sebelum sarapan. Dan sesudu besar sebelum tidur.

Pada yang mempunyai sakit – Minum dua sudu besar sebelum sarapan dan dua sudu besar sebelum tidur. Jika mempunyai sakit yang kronik sperti Kanser dan Jantung, anda boleh minum lebih dari dua sudu.

Bayi dan Kanak Kanak – Mulakan memberi bayi minum pada umur 5 bulan ke atas. Pada umur 5 bulan berikan minum 5 ml . Pada usia setahun ke atas boleh diberikan sesudu besar sehari. Tiada dos yang maksimum kerana minyak zaitun bersifat neutral tidak panas dan tidak sejuk.

Jikalau di Sepanyol ,Portugal, Greece mahupun di Turki minyak zaitun yang berumur 200 tahun menggunakan cara Cold Pressed pasti dijual beratus ratus ringgit kerana kualiti yang sangat tinggi.Tetapi PEVOO ini hanya berharga RM 150.00 dan berusia 400 tahun dan yang pasti minyak zaitun merupakan di antara produk hasil mereka turun temurun, ALLAH amat merahmati tanah suci ini walaupun peperangan seperti tanpa kesudahan ini membelenggu mereka.

Saya harap perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda.

Mobile /Sms /Whatssap- 0173528858
Email-intanmunirah@gmail.com
Twitter- @intanmunirah
FB : Munirah Syed Abu Bakar

~Keep The Sunnah Food Close To Your Heart~



Comments

  1. Sue pun beli pevoo dgn munirah :)

    ReplyDelete
  2. kat mane ya nak beli pevoo ni? dan berapa ye 1 botol? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada jual.

      RM150/500ml.

      Cod sekitar Seremban.
      Pos seluruh Malaysia.

      Boleh hubungi saya di 013 308 2815

      Delete
    2. Saya ada jual.

      RM150/500ml.

      Cod sekitar Seremban.
      Pos seluruh Malaysia.

      Boleh hubungi saya di 013 308 2815

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d