Skip to main content

Tanah Merah selepas Banjir

Assalamualaikum...

30 Disember - Masih bercuti dek kerana kerisauan ayah dan emak nun di Kemahang 3 yang tidak dapat dihubungi. Suami kite dan ipar resah diperantauan sana. Kite ajak abah menziarah mereka la sambil membawa bekalan makanan semua- risau mereka terlibat banjir ke apa. 

Alhamdulillah ayah dan emak sihat seadanya, cuma mereka masih tiada bekalan elektrik sejak seminggu yang lepas. Beramah mesra dengan mak ayah hingga makan tengah hari disana barulah kami mengundur diri.

Dalam perjalanan pulang tu, kite cakap kat abah balik ikut jalan tanah merah-pasir mas la, sambil tengok keadaan selepas banjir. 

Sungguh sedih dan sayu melihatkan rumah-rumah yang rosak, barang-barang disaluti lumpur. Kami mampu beristigfar dan mengucap syukur pada Allah je. Tiada elektrik sikit dah mengeluh, basuh baju guna tangan sikit dah penat. Nah... Mereka hilang semua benda, baju pun tak bertukar ganti kerana tak sempat nak pack baju kala panic air naik mendadak. Kini bila kembali ke rumah semula segala yang masih ada sudah disaluti lumpur malah ada yang tak dapat digunakan lagi.









Di kawasan perumahan ni sempat singgah melawat 2 keluarga kenalan abah. Bercakap dengan kami pun dalam menahan air mata. Harta benda semua rosak atau berselut dengan bekalan eletrik dan air masih tiada serta terpaksa terus tinggal dipusat pemindahan. I cannot imagine how to survive.

Semasa nak keluar dari taman perumahan tu, kami jumpa chinese yang sedang memberikan sumbangan kepada penduduk. Sumbangan persendirian kot. Alhamdulillah walaupun berlainan bangsa tetapi saling menolong.



Selain rumah, jalan pun rosak dibeberapa tempat menunjukkan betapa air deras.







Comments

  1. semoga mangsa2 banjir tetap tabah dan sabar..moga mereka dapat bantuan yang sewajarnya..pasti ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa ni

    ReplyDelete
  2. Teringat kat saudara-mara zumal kat sana... kalau la boleh nak gak zumal pergi membantu... semoga 2015 bawa cahaya baru untuk semua...

    ReplyDelete
  3. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku...juga peringatan dari Allah untuk kita semua...semoga Allah berikan ganjaran yang lebih hebat untuk mangsa2 banjir...saya pun terputus hubungan dengan family kat kampung masa tu...Alhamdulillah semua selamat...

    ReplyDelete
  4. sedey kan
    semoga ada rahmatnya dari Allah
    selamat tahun baru :)

    ReplyDelete
  5. sedey kan
    semga ada rahmat dari Allah
    selamat tahun baru

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...