al-fatihah.2tahun dah.

Assalamualaikum...

Al-fatihah sebagai pemula entri hari ni.
Hari ni, genap dua tahun tanpa mama.tahun ketiga akan beraya tanpa mama.
Rindu sangat kat mama. Semoga mama sentiasa bahagia disisi-Nya.
Semalam masak sup ayam untuk sendiri tapi tak jadi sedap macam mama buat pun....T__T

Dulu demam, merengek je kat mama, nak sup, nak sup. Dapat terus makan bertambah-tambah.
terima kasih ma,jadi ibu adik. Jadi mama terbaik, masak sedap-sedap.
Adik selalu panggil, mum,mummy, mak, emak, mama, umi, tapi sorry tak pernah panggil mama ibu seperti mama nak.

Sekarang adik dah jadi ibu pada Thaqif. I learn a lot as ibu, ma...
Adik usaha kuat untuk jadi ibu yang hebat untuk Thaqif. I hope I can be great mum as you ma.
Tapi tak mungkinlah untuk jadi suri rumah sepenuh masa seperti mama.
Zaman sekarang, duit mengalir macam air je...
Mama takde disisi pun, mama sentiasa dalam hati adik selamanya.

2tahun.
Saya dikurnia dua orang baru dalam hidup saya.
Kesayangan saya, nyawa saya,syurga saya.


Semoga kami dipanjangkan jodoh sentiasa dan dapat membesarkan anak dengan sempurna.

Al-fatihah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my