Skip to main content

Ibu &Thaqif selsema

Assalamualaikum...

Update blog sambil achoo..achoo...
selsema sudah berjangkit dari anakda.


Kesian my boy selsema....demam okey, selsema plak hinggap. Redha jelah dah musimnya. Alhamdulillah Thaqif tak banyak meragam pun. Tak selesa hidung jelah, tak habis-habis tenyeh hidung. Ibu pujuk-pujuk dia zikir-zikir cakap, sabarlah sayang Allah bagi sakit sikit nak bagi awak cepat besar. Allah dah lama bagi awak sihat, Allah bagi sakit sekejap je, nak uji awak sabar ke tak. Dengar kite cakap gitu, terus Thaqif tenang, tak tenyeh hidung comel tu dah. Everytime Thaqif merengek, tersedar malam, kite keep sapu minyak mustajab jelah dibelakang telinga,tengkuk, belakang badan nanti Thaqif sambung tidur balik la.


Huhu...mata pijar berair je. Mood kerja ke laut dah...Nak sup pleaseeee.... oh! Rindu bihun soto mama. Dulu demam/selsema laju je merengek kat mama nak chicken soup+bihun.

 Doakan kite & anak cepat sihat. 

Comments

  1. kesiannya. semoga cepat sembuh thaqif dan mamanya. :D

    ReplyDelete
  2. sue dgn baby pun x sihat, demam dan muntah2..smg cepat sihat ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah masuk musim demam/selsema kan...semoga cepat sihat jugak sue.

      Delete
  3. baby kite pun selsema..sapu minyak vicks je...minyak mustajab tu mcm mane rupa die??

    ReplyDelete
    Replies
    1. minyak berubat nanoroguy yang botol purple tu.dah terbiasa family panggil minyak mustajab.hihi...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-