Followers

Saturday, 28 February 2015

Adakah kerana Apam Balik?

Assalamualaikum...

Orang tua-tua kata kalau air liur anak dok meleleh lagi tu tanda ada la yang mak dia tak dapat makan semasa mengandung.

Bila balik rumah mak tok, bila ke rumah sedara,pasti ada sedara / mak tok Thaqif sendiri tegur,
Tak dapat makan apa masa mengandung ni, berair je mulut anak.
Kite senyum je sebab confident semua teringin mengidam masa mengandung semua dapat.
Masa mengandung. pendek kata, kalau terasa je nak makan apa-apa, sehari-dua terus macam dapat dah makan. Benda mudah jumpa.



Syukur sangat la pengalaman mengidam takde yang over pelik sangat.
Kite rasa macam normal je mulut baby-baby meleleh air liur ni. Lagipun air liur Thaqif takde la 24/7 keluar. Certain time, kalau dia teruja apa-apa memang lencun dengan air liur jelah.

The most yang di ingati kot, ada satu hari tu teringin, terbau-bau chicken wing domino's, rasa nak sangat. Tapi frust jugak sebab masa tu kelantan takde domino's lagi. Siap husband gigih suruh google domino's  ada tak kat terengganu since masa tu dia nak outstation di Terengganu.  Sanggup la nak beli bawa balik untuk isteri dari sana, malangnya domino pun tak de kat terengganu tu. Alhamdulillah rezeki.a few weeks later, jumpa flyers domino's kelantan dah bukak. So dapat la beli dan makan.

Jadi confident giler la bahawa dah makan semua yang dikehendaki semasa mengandung.

Tapi.tapi.tapi.

Hari ni OT.
Pagi ni, membawa bekal apam balik yang beli dari pasar malam Khamis lalu.
Terimbau balik zaman mengandung yang bersantai ria bersama husband di Pantai Irama, Bachok pada hari Jumaat (dimana hari pasar malam disitu). Kite nak beli apam balik kecik dekat 1 gerai tu sebab nampak sedap, garing je. Tapi lama sangat nak tunggu sebab masa tu ada 2-3 orang masing-masing order RM5 ++, maka husband malas nak tunggu pujuk beli kat tempat lain.
Tapi tawaf satu pasar malam tu pun kite tak nak apam balik lain macam-macam kite komen.Tak menarik la. Tebal la. Tak bersih la penjual tu buat kerja. Nak dekat pak cik tu jugak.
Tapi tak beli pun sebab husband malas nak tunggu.penat.actually dia sangat kesiankan bini dia yang tengah boyot-boyot berdiri lama-lama. Dia kan jenis risau terlebih. Bini dia pulak jenis degil, laki suruh pergi cari tempat duduk dulu tak mo.
Sudahnya tak beli.
Kite pun bukan jenis nak memberontak tak tentu pasal kerana sekeping apam balik. Bukan tak pernah makan apam balik. Apam balik kat pasar malam Ketereh lagi sedap kot. Paling win dalam dunia gitu.

Dek kerana terimbau kisah apam balik di pantai bachok itu. tiba-tiba. Hatiku berkata, adakah,adakah kerana apam balik itu air mulut anakku masih tak kering-kering.
Hwaaaaaa....
Suami cepat balik! Jom pergi pasar malam bachok tu beli apam balik pak cik tu. Moga-moga air mulut Thaqif stop.

** Ikot petua orang tua-tua katanya, kita cuba jelah mana tau betul ken. Kite makan la bagi anak tak terleleh-leleh lagi dah.


Anyway, semalam 1st time bawak Thaqif mandi pantai. Seronok tak hingat itu budak. Suka main ombak. Ombak datang, dia melompat-lompat, tepuk-tepuk air, ombak turun ke pantai semula dia jerit marah tak dapat tampar air banyak-banyak dah. Wakakakaka... Memang lawak dan comel sangat reaksi itu budak.

Jangan tanya gambar dan video dia main air sangatlah. Nanhadoo. Pasal takde tukang shoot. Ibu Thaqif sibuk melayan Thaqif main air, orang lain sibuk main air jugokk.
Video ada la sat before turun air dok main pasir dengan abang-abang sepupu dia tapi itu dalam kamera malas nak transfer.
Yang adoo gambar selepas mandi,dah tukar baju dan sedang makan biskut dia sahajo.





4 comments:

  1. nasib baik la budak comel tu tak buat perangai hasihhhh sedap dia makan sowang sowang ye

    ReplyDelete
  2. Ala2....comel je thaqif...xpelah..gmbr memori ibu je kan..

    ReplyDelete
  3. so, dh dapat la apam balik tu ? in shaa Allah..
    mesti cute kan aksi thaqif marah marah dkt ombak tu..

    ReplyDelete