The Cute Mini Multifunctional Electric Lunch Box

Assalamualaikum...

Tajuk sudah omputih dan panjang 4 depa... Lantok situ! 
Yang penting isi cerita best...

Hari tu kan, kite cakap kite membeli-belah lagi kat Lazada ken...
Salah satu hasil pembeliannya ialah Mini Multifunctional Electric Lunch Box.


Saja letak gamboo atas ni sebab nak tunjuk lunchbox kite bukan color purple seperti most gambar yang promote lunchbox ni.
Mine is the pink color... Eww... Tak suka pink tapi takpelah feeling jambu jelah k.

Features, specifications, and package includes as below :



Konon membeli lunchbox electric ni untuk memudahkan memasak bubur #muhamadthaqifaiman. Namun, Thaqif dalam fasa tak nak bubur, nak pasta sahaja tapi ibu dah tergedik-gedik nak test power guna lunchbox comel ini. Maka, marilah mencari tahu cara guna produk ini.


Memanaskan lauk/ nasi. Done. Kite test panaskan kuah pasta kala bawa bekal ke pejabat. Owh... Seronok. Bangun lambat, tak sempat nak panaskan kuah pasta semua. Bungkus je masuk lunch box ni, bawak je kabel dia, dan panaskan bila nak makan masa kat pejabat... Yummy...


Memasak nasi. Done test. Okey, kat atas ni cara memasak nasi menggunakan lunch box comel ini yer. Kite kebetulan ada lauk lebih atau plan membawa bekal pun macam senang sangat sekarang. Kalut-kalut dengan anak dipagi hari, tuang je 1-2pot beras dalam lunch box bawak je, masak kat pejabat je nasinya.


Suka hati minggu ni dah masuk minggu kedua membawa bekal ke pejabat. Seronok pulak pakat-pakat dengan kawan pejabat bawa lauk, makan sama-sama. Bahagia tau. Makan berselera je beramai-ramai. Lauk masing-masing bawak sedap-sedap joo, tapi tak de kite snap ahh sebab perut terus lapar tengok, terjah sajooo...

Pastu semua orang dok wow!wow! hebatnya lunch box ni siap boleh masak nasi, terus mereka pun terpikat nak beli jugak. Maka kite la menjadi tukang order kat lazada tu untuk mereka...
Baguslah ramai-ramai beli lunch box, nanti lepas ni boleh sama-sama membawa bekal.

Kesimpulannya, adalah sangat berbaloi-baloi untuk memiliki Mini Multifunctional Electric Lunch Box. Memudahkan kite sangat yang tengah mood membawa bekal ke pejabat. Seronok boleh menikmati bekal panas-panas.
GST nak mula, harga barang pun tak turun-turun. Marilah memasak dan membawa bekal je hari-hari. Boleh sediakan makan sihat juga.

Harga kite rasa kat lazada ni la paling termurah sebab setakat kite survey dengan personal lain jual RM55 atau lebih. Di lazada, kite beli RM34 sahaja.

Kalau #muhamadthaqifaiman mood nak makan bubur balik baru ibu upgrade beli lunchbox ibu kepada  lunchbox 3tier. Thaqif guna la si pinky yang sekarang ni.


Comments

  1. tak berkesempatan lagi nak beli. uhukk :(

    ReplyDelete
  2. Wow menarik ni. Periuk pun comel je..

    ReplyDelete
  3. Berkenan pulak kat portable cooker tu ^-^

    ReplyDelete
  4. Twrus terjah lazada jugak....tergoda ngan cerita cik.jelita..hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my