Skip to main content

Hi! Saya member Shaklee

Assalamualaikum...

Tetiba join membership shaklee pulak.
Hahaha... Rentetan dapat giveaway collagen powder brand shaklee itulah.
Actually memang dah lama tahu shaklee, kawan-kawan ada join, tapi kite macam tak tahu la, nantilah, malaslah dengan ubat/supplement ni. Malas benorr nak amalkan. pheww...
Pernah beli tapi hangat-hangat tahi ayam je layan, ataupun memang shake saja-saja tapi tak minum sebab macam erm...erm... 

Tapi since menang giveaway hari tu. Tanya encik google manfaat collagen powder tu, suami pun macam menggalakkan je kalau nak ambil supplement since saya perlu banyak tenaga untuk menjaga anak lagi. Sendiri cuba collagen powder tu, hasil dia macam okey. 5 sachet je pun, tapi 5 sachet tu memang istiqomah je minum setiap hari without complain. Sedaplah collagen powder tu, tapi harga dia je kurang sedap untuk kite...kikiki...
Ada membeli Dianz vitamin itu, pun macam keep consume je. Okey la kan. Terus macam kagum dengan diri sendiri sekejap. So macam okey kot untuk have more supplement.

Bercakap dengan kawan -kawan yang sedia member shaklee. Itu ini, they share what they consume. Tergoda-goda. Pftt... Cik Na balik, dia pun buka cerita nak consume supplement, cakap pasal shaklee. Terus macam borak lebih panjang dengan member shaklee. 
Bincang dengan cik na, dia berminat dengan beberapa jenis shaklee punya product maka terus macam baiklah, marilah kita jadi member dan amalkan shaklee dengan yakin.

Kite beli vita-c je dulu tu pun kongsi dengan cik na dulu.vita lea kids+garlic cik na punya. Perlahan-lahan kayuh, dah mampu istiqomah dengan vita-c baru boleh amek more supplement. Doakan yang terbaik. Jom sihat!


**dok kira bajet nanti nak beli osteomatrix untuk tambah kalsium dalam badan, maklumlah anak masih meyusu badan dan gigi dah mula nak goyang aaa bila anak serap kalsium ibu lebih. pastu nak beli jugak caratomax sebagai perlindungan kanser



Comments

  1. shad ambil jugak vita-c
    dan dianz vitamin, hehehe

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Mg lebih sihat insyaAllah ^^

    ReplyDelete
  3. saya pun mmber juga, sejak ngandung ni, amalkan set hamil, alhamdulillah..;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d