Assalamualaikum...
Sebenarnya plan baik punya nak bikin special surprise tu tak berapa menjadi pasal suami tukar tarikh pulang etc.
Maka, marilah pikat hatinya melalui perutnya sudah. Muahahaha...
Dok sama-sama jelah perut boroi jap, dok berjauhan gini masing-masing perut slim je. Makanan kedai kat sana tak kena selera katanya. Hom la ore selero pata timor dok hadap menu ore selatan mana kena.
Normal suami balik kadang tak sempat manjakan perutnya nak makan apa sebab sibuk ke sana ke mari dan sibuk kerja, balik kerja terus singgah kedai makan, sampai rumah kadang flat sama-sama dengan anak. This time, alhamdulillah tak dan hari-hari masak pun, semua menu yang kite cadangkan tu memenuhi citarasa perut suami.
Konon pagi Rabu tu nak masak nasi lemak sempena sambut suami balik. Nanhadoo. Tapi selasa malam tu awal-awal dah buat cheesekut sebekas.
Maka suami minum pagi sambil meratah cheesekut jela sementara nak keluar lunch dengan isteri. Sat je suami hadap cheesekut ni, nak-nak cheese, memang gemar sangat kat dia.
Since amek off, marilah pergi membeli belah dulu sebelum makan. Malas nak berebut meja makan.
Selesai membeli barang dapur, terus cari port makan. Dan si dia berhenti dekat nasi ulam cikgu. Isteri layankan jelah suami yang lama tak pekena masakan kampung ni.
Makan berdua, ambik singgang ikan tongkol seketul + ulam sepinggan+budu+ikan rebus seekor+ nasi 2pinggan + milo ais+ nescafe ais. Total RM10.
**saja nak bagitau makan murah.hihi.
Malamnya, takat goreng-goreng nugget camgitu saja sebab masih kenyang.
Khamis, masing-masing makan sendiri je. Kuar jalan-jalan cari kambing kat tesco, kite je makan sebab suami kata kenyang.
Jumaat, balik Kemahang. Layan air tangan emak mertuaku sahajalah.
Sebelum lunch, makan kambing panggang, ini pun suami punya tekak nak layan. Isteri perap semalaman, sampai rumah mak terus bakar dalam pemanggang ajaib. Sedap sangat.
Minum petang, dengan ketupat sotong air tangan mak. Pun sodapppp...TQ mak!
Malamnya, keluar menghantar adik ipar menaiki bas di Tanah Merah. Alang-alang marilah belanja mak makan Roti Canai Cikgu dulu. Sedap!
Sebelum lunch, makan kambing panggang, ini pun suami punya tekak nak layan. Isteri perap semalaman, sampai rumah mak terus bakar dalam pemanggang ajaib. Sedap sangat.
Minum petang, dengan ketupat sotong air tangan mak. Pun sodapppp...TQ mak!
Malamnya, keluar menghantar adik ipar menaiki bas di Tanah Merah. Alang-alang marilah belanja mak makan Roti Canai Cikgu dulu. Sedap!
Roti kosong+ roti boom+ roti tisu + air laici+ limau ais+ nescafe ais. Total RM10.
Sabtu pagi rush balik rumah abah, ambil abah sama-sama pergi majlis terima wang ehsan bantuan banjir. Lapar sebab belum breakfast, so layan jela makan dekat gerai sebelah tu. Selesai majlis tu, abah belanja makan nasi sup+ daging bakar area depan Kem Tentera Kok Lanas tu. Sedap supnya, terasa black paper. Kalau demam ni best layan sup ni. Terus bertolak ke Limau Kasturi menghadiri majlis perkahwinan sepupu abah. On the way sempat singgah ziarah tapak rumah tok che di Kampung Karangan, Laloh. Sedih, rumah tok che semua dah hancur di landa banjir besar hari tu. Masih ada keluarga yang tinggal dalam khemah. Sedih sangat tengok.
Makan kenduri terus patah balik. Almost 10pm sampai rumah. Kesian Thaqif badan suam je malam tu nak demam. Mujur ibu cepat-cepat sapu PEVOO baru lena tidur.
Ahad pagi, setel basuh baju semua, terus gerak balik Kemahang lagi. Melalui Pasir Mas, singgah beli percik Mak Jah di tepi jambatan Pasir Mas tu. Ayam seketul, ikan seekor. RM13.00.
Terus ke Rantau Panjang dulu. Beli baju kite sepasang. Hikhik.
Pastu menikmati pulut ayam sebungkus dan cendol kow. RM6.50+RM4.00.
Isnin petang, balik rumah abah. Malamnya baru memasak untuk suami. Hik.
Masak Spageti Carbonara (homemade gravy). Tak sampai 5 minit, pinggan suami dah licin.
Pagi selasa, semangat berkobar-kobar, masak nasi lemak. Tengah hari pulak masak meatball ala ikea.
Rabu, malam tu baru makan nasi kerabu ayam bakar. Tengah hari pakat puasa dek kalut menantu mak muda kite bersalin. Sampai ke Thaqif mai tunggu kat labour room. Suami layan nasi kerabu sekali 2 bungkus penangan tak makan tengah hari.
Khamis, EL lagi. Thaqif cam demam je bangun pagi tu. Tengah hari pergi melawat menantu mak muda kat wad, terus pergi makan nasi sup asam suliza sebab perut dah lapar.Kemudian baru menuju ke rumah tok che.
Khamis, EL lagi. Thaqif cam demam je bangun pagi tu. Tengah hari pergi melawat menantu mak muda kat wad, terus pergi makan nasi sup asam suliza sebab perut dah lapar.Kemudian baru menuju ke rumah tok che.
Tudia aktiviti pack bila suami balik. Yg penting dpt jg masak utk suami kan ^^
ReplyDeletelapar tengok gambar ni. Hihihi..smgt kn bila suami balik
ReplyDeletehaha, banyak makan.....
ReplyDeletetudia...atur makan makan dan makan saja
ReplyDelete