#muhamadthaqifaiman 1st boat ride

Assalamualaikum...

Cerita Sabtu lepas. 25.4.2015.
Tetiba few day before tu abah ajak pergi rumah kawan dia kat pulau teluk rejuna...
Hihi...
Mestilah ibu Thaqif nak follow. Gian nak berjalan on weekend asyik merap kat umah je.
Teruja lagi sebab nanti nak tengok reaksi Thaqif naik bot cemana, takut atau tidak...

 Selfie dengan ibu dalam kereta.

Bout kol 11 kiteorang sampai kat jeti, call kawan abah, dia datang ambil kami dengan bot dia.

 Jom naik bot. Blurr je orang baru bangun tidur terus naik bot.

 Dan... Thaqif relaks je naik bot. Suruh pakai topi tak mo, nak tutup kepala dengan tuala pun tak nak jugak. Suka main angin, tengok air.

Sampai rumah kawan abah tu, best. Naik je,dah hidang makan laksam. Pastu, sira labu, kemudian makan tengah hari pulak dengan kerabu nipah dan asam pedas ikan. Kat umah tu tak mengambil gambar la plak. segan.

But, well best jugak sometimes lepak kat pulau camtu, tak de kenderaan buzzing around.
Terus plan dalam kepala, nanti suami cuti nak sewa homestay kat pulau tulah spend time together, petang mancing semua. Best kot.
Dulu ingat cool lagi kalau lepak kat Pasir Belanda/ Perhentian. Tapi fikir balik walaupun Pasir Belanda/Perhentian tu pulau, tapi versi pulau besar jugak, kenderaan boleh sampai tetap rasa dok tak jauh dari kota.
Kat pulau teluk rejuna/ pulau suri ni skala kecik je, memang naik je kat jeti tu terus dah rumah-rumah orang dah, takde kenderaan bagai, nak jalan area pulau tu, jalan kaki je. Damai jer. Kambing sekeliling rumah, dah bosan-bosan dok dalam rumah boleh kejar kambing plak. Hahaha...


 Ni ready nak balik. Lepak dulu atas bot orang ke laut untuk tangkap ikan.

 Khusyuk dok main dengan bayang-bayang.

 2.45pm. Jom balik. 
Mata sepet je. Panas.

Comments

  1. Syoknya...kalau x mabuk laut ok je kan naik bot ^^

    ReplyDelete
  2. bot nelayan?fuhhh...yg ni rare...
    Aqil penah naik bot pegi pangkor tu ja...excited gila dia jln sana sini

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1