Skip to main content

Diari Dapur:Cheezy Cheesekut Mudah.Senang. Sedap.

Assalamualaikum...

Favourite suami isteri. Cheese. Anything cheezy itu sedap.
Dah few times sebenarnya buat cheesekut ni, tapi asal buat je suami nun di Johor. Pasal time suami balik takde nak craving benor, pastu senang je request kat suami pegi makan kek kat kedai etc je. Bulan Mac lepas suami balik. Terajin buat cheesekut ni untuk suami. Hekhekhek...

Bahan-bahan : 
1. 1 pack Cracker Deluxe (hup seng)
2. 1/2 tin susu pekat manis (resepi asal guna 3/4 tin-kite tak suka manis guna 1/2 cukuplah)
3. 250g cream cheese (kite guna tatura)
4. 1 sudu besar susu segar.
5. Milo/nestum

Cara-cara :
1. Pukul cream cheese+susu pekat manis+susu segar sehingga kembang dan sebati. (kite guna blender sahaja, malas nak keluarkan mixer bagai)
2. Sediakan bekas, dan sapukan campuran creamcheese pada bahagian paling bawah, kemudian dilapisi dengan biskut dan kembali sapukan creamcheese, tabur milo. Ulang sapukan biskut, creamcheese, milo sehingga biskut habis.

Last tabur sebuk biskut jea...

Komen suami, sedap!
Tapi request lagi guna biskut cheese yang lagi nipis dan sedap tu macam kawan sarawak dia buat. 
Sememangnya cheesekut versi original resepi sarawak itu lagi umphhh! Kite pernah dah buat dulu guna biskut tu. Tapi semenanjung susah nak jumpa biskut cheese yang berkenaan, ada biskut tu kat Sarawak ajoo...
Suami siap suruh carilah orang jual online biskut tu, belilah jugak, nanti buatkan untuk dia...
Amboiihh.amboiihh.
Perli isteri dok shopping online nampak...

Comments

  1. Lama tak rasa cheesekut...sedap ye cik jelita buat, nak sikit boleh hehehhe...julia dah follow blog cik jelita pasni leh terjah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq singgah sini. boleh je,julia mai jalan kelantan kita buatkan okey.

      Delete
  2. Teringin gak nak cuba buat ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jadikan projek hujung minggu ni ye zumal.

      Delete
  3. Replies
    1. usah sebut terliur tu, dlm kepala ni nk g beli bahan buat lagi sekali dah ni...hahaha

      Delete
  4. cheesekut memang sedap..hadap sorang-sorang tak sedar boleh habis..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Assalamualaikum... Pagi yang indah dibulan Mac. Marilah melancarkan 2nd Giveaway Cik Puan Jelita. Harap sudi join! SYARAT-SYARAT 1.  FOLLOW  Blog  Cik Puan Jelita  aka  cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899    (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!)  **wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde. 2. Copy  PICTURE  di atas ni dan link kan ke  (Link kan ke entri  " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  ) 3. Sila letak  TITLE  entri dengan " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita " ye. 4. Sila  TAG  kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye! (minimum 3 orang!) 5. Sila  TINGGALKAN LINK  penyertaan  di ruangan komen entri   " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  (Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira) Giveaway ni bermula pada hari ini!  (01 -20 Mac 2015) Hadiah-h...