Skip to main content

Perkembangan #muhamadthaqifaiman 12m/ 1y

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Syukur. 
Setahun sudah usia anakda.
Pejam celik kejap je dah besar anak.

Going 1year old, Thaqif dah naik gigi. 1y, officially 4batang gigi. Untuk 2batang pertama naik gigi  bawah tu, fuh. Struggle jugak ibu bila Thaqif hilang selera makan. Hampir 2minggu, bubur, roti, biskut pun tak nak, suap je luah balik. Susu pun sikit ja minum. Memang badan ringan je. Risau sungguh ibu. Then, naik gigi ketiga dan keempat, selera kurang jugak tapi still makan jugak, takde luah balik la just follow his mood nak makan apa. Paling win makan mangga dan cekodok pisang.

Dah pandai terbalikkan 'kereta' dia.



Makin banyak membebel. Asalkan jumpa atok, opah, ibu selepas kena tinggal beberapa ketika memang mulut tu tak diam la. Bercerita atau membebel ni anak oit? Layan jelah...

Makin bijak nak berdukung je. Manja. 

Dah pandai berdiri tanpa berpegang.

Dah boleh panjat sofa sendiri.

Buka tutup almari, menyepah kain baju dalam almari atok. Finally. Selama ni takleh buka pintu almari.

Dah panjat semua tempat boleh dipanjat. 

Dah pandai buka tutup paip air dalam bilik air, dan paip bekas air masak. Everything kena letak lebih tinggi dah sekarang sebab nanti dia akan explore je.

Officially kena bercuti dah dari makan kat luar sebab buas dia memang boleh buat ibu dan papa tercekik, panjat kerusi, meja, nak jalan-jalan. T__T.
Tapi ibu papa tak insaf pun still makan je kat luar. Hahaha. In-control. Suap Thaqif sampai kenyang, pastu bergilir-gilir makan la.

Suka tengok LORI. Tapi yang di sebut BAS. T__T. Bila kita betulkan cakap itu LORI, nanti dia diam tunjuk je lori tu dengan tangan.

Dah faham simple arahan kite.
Ambil kereta, main dengan kereta. (terus merangkak pergi amek kereta dia)
Sayang...tangan mana untuk makan? -kalau dia salah pegang makanan tangan kiri (cepat-cepat tukar tangan yang betul)

Perangai jealous makin terserlah. Pegi kl, atok/ opah dukung cucu lain, dia yang merengek lebih dengki. T__T




Comments

  1. Aqil lori pon bas..ketapi pon bas...hahaha...

    Kejap dah setahun.nanti dh boleh lari2 jaga la ibu...hihihi...penatttttt....

    Moga Thaqif jadi anak yg soleh bjaya dunia akhirat...amin

    ReplyDelete
  2. Kejap ke tgk anak da besar..sue pun take turn bila mkn kat luar. Anak 3 org mcm2 peel...hehehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Assalamualaikum... Pagi yang indah dibulan Mac. Marilah melancarkan 2nd Giveaway Cik Puan Jelita. Harap sudi join! SYARAT-SYARAT 1.  FOLLOW  Blog  Cik Puan Jelita  aka  cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899    (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!)  **wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde. 2. Copy  PICTURE  di atas ni dan link kan ke  (Link kan ke entri  " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  ) 3. Sila letak  TITLE  entri dengan " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita " ye. 4. Sila  TAG  kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye! (minimum 3 orang!) 5. Sila  TINGGALKAN LINK  penyertaan  di ruangan komen entri   " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  (Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira) Giveaway ni bermula pada hari ini!  (01 -20 Mac 2015) Hadiah-h...

FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH

ASSALAMUALAIKUM