Skip to main content

DapurCikJelita : Cheesecake Mudah dan Sedap

Assalamualaikum...

Mood tengah rajin baking. Ahad mengukus chocolate moist, Khamis membakar cheesecake pulak.
Gini la gaya kalau perasaan nak makan tu membuak-buak.

Cheesecake ni pertama kali buat, pertama kali masak kek yang dibakar (selama ni buat kek yang mudah dan tak payah bakar je). Happy sangat bila cheesecake ni menjadi, sedap plak. Tak puas. Tak cukup nak makan lagi, lagi dan lagi. 
Akashah dan Arif (anak-anak sedara) yang dok lepak kat rumah pada hari jumaat tu, ikutkan perut deme 2 keping sorang masih tak cukup ye.

Bahan-bahan crust :
1. 2 paket Biskut cream-o 
2. 3 sudu besar Butter

Cara-cara :
1. Hancurkan biskut cream-o guna pengisar kering. -Kite blend je semua dengan cream dia pun sebab malas nak renyah buang cream satu-satu.
2. Cairkan butter dengan api perlahan.
3. Tuang butter yang dicairkan diatas biskut yang telah dihancurkan.
4. Lapik loyang dengan kertas minyak. Kite takde kertas minyak so
5. Tekap crust pada loyang, masukkan dalam peti ais untuk sejam.

Bahan-bahan cheesecake : 
1. 250g creamcheese
2. 200ml cooking cream/yogurt (kite guna yogurt)
3. 2 sudu besar jus lemon (kite guna jus limau nipis je)
4. 3 sudu besar tepung gandum
 5. 90g gula
6. 2 biji telur.

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan dalam blender, blend sebati hingga creamy gitu. (Ini kes malas nak bukak mixer bagai)
2. Bakar pada suhu 170' C selama 45minit menggunakan api atas bawah.
3.Selepas 30minit, tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan bahagian atas hangus. (kite tak buat pun sebab aluminium foil tak ada alhamdulillah tak hangus)
4. Dah masak, sejukkan sekejap. Masukkan dalam peti ais semalaman bagi cheese itu lagi umphh terasa.



Kutip resepi ni dari blog Tengku Fauziana
Versi beliau xde crust- i'olls suka nak ada crust so tambah sendiri.

Niat asal nak buat lapisan coklat plak atas kek itu tapi coklat itu tak beri kerjasama jadi berketul-ketul walaupun double boil itu. Erk...my failure.

Suami kite dok antar icon nangis jelah bila kite share kat dia gambar kek sedang dibakar, kek siap masak, dan sedang menikmati the last piece cake. Bhahaha... Sabor jelah yunk...Insya-Allah repeat buat bila suami balik.




Comments

  1. sedapnyaaa :D nak try lah buat

    ReplyDelete
  2. Sedapnye.. sempoi pki blender pun boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhik...malas tapi nak makan...blend pun boleh

      Delete
  3. Mudah nàmpaknyer...
    Aida x pernah buat ciskek...
    Lom pernah try :-)

    ReplyDelete
  4. nak hantar pinggan jer boleh tak?

    ReplyDelete
  5. Wahhhhhh......mcm sedapppp jeeee kannnn

    ReplyDelete
  6. kita tak pernah buat kek,,'harap boleh try kek yang mudah ni..

    ReplyDelete
  7. rajinnya...errr...errr....sy x rajin...ihik

    ReplyDelete
  8. Dh buat..yummy..sedap smpi rs nk gigit jari..thanks share resepi ni..

    ReplyDelete
  9. dapnya..
    cj.. cepat singgah link ni
    awak menang
    http://www.coklateyes.my/2015/06/pengumuman-50-pemenang-ephyra-skin-bar.html
    tahniah.all the best

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....